Friday 25 December 2015

Australia Aku Datang Part 2 - Brisbane-

 

Perjalanan di sambung ke Brisbane pulak..lebih kurang sejam jugakla flight  dri Sydney p Brisbane tu patutnya. Masa dalam flight aku dah rasa mcm lama gila dah pnerbangan tu,makcik sebelah aku pun dok bletiaq kata awat lama sgt ni blablabla..henpon aku dah off and ak xdak jam la cita dy lalu ak mcm redha ja dok dalam tu…tp lama dy tu mcm pelik sangat..lalu pilot tu pun buat announcement, “instead of mendarat kat Brisbane airport sekarang, kita akan p Gold Coast sat, jalan2 atas awan dulu sbb xselamat nk landing time sepatutnya kat Brisbane yg indah juga permai tu"

Ingat pilot buat lawak..rupanya beliau agak serius
-Gold Coast Airport-

Aku xsure aku patut cuak sbb something wrong dgn penerbangan ni or geram sbb xsmpai2 brisbane lagi… aku dahla time tu memang dh cecah level kebuluran yg boleh dikategorikan sbgai sederhana kronik.. kami mmg dok berpusing2 kat atas awan nano tu untuk bbrapa puluh minit…akhirnya mendarat dgn selamat Alhamdulillah la..betterla dia mendarat jugak kat brisbane, aku xleh imagine ttba aku kena turun kat Gold Coast.. mmg jenuh afiqah zafirah nk p pungut aku pulak kat situ.

1.Hai awak..knapa mcm marah I ni..merajuk Dengan I ke
2. I cakap dengan U ni..dengar x? 
3. Sorry la,flight I delay skit, mnala I tau bnda ni nak jadi..xkan I nak salahkan pilot pulak
4. K Fine, I pun xnak cakap dgn U...dasar kanggaroo!!

-Lone pine, Brisbane-


Seperti yg telah aku jangka, afiqah mmg dok buat tawaf keliling airport tu sementara tunggu aku..rasanya bilangan tawaf dy tu mmg dh melebihi tawaf org buat haji mahupun umrah...dsbbkn aku dah bgi number flight aku kat dy, so dy tau la flight delay, xdkla dia risau sangat.

Afiqah Zafirah masih lagi afiqah kat taylors dulu.. ya benar, dia masih bersikap acah2 kaklong Ampang.. minah  ni dulu kat taylors aku xpnhla dduk sebilik or serumah dgn dy walaupun aku sllu pi rumah depa sbb nk kacau hidup haiza…seminggu aku dok Brisbane and sebilik dy dia barulah aku tau…mak aiiii manja dy tu mmg level gunung Everest dah aku rasa…gila kat luaq n dalam rumah lain gila minah nihhhhhh.. tp xla smpai level manja annoying tu laaa..

Afiqah Zafirah, Si kak long Ampang
-Brisbane-

Disebabkan fiqah sgt sedia maklum aku xdan nk plan apa2 before mai aussie, dy dh tolong plan siap dah kat aku smua bnda aku nk buat kat sni.. dia mmg ada la ciri2 seorang manager yg cemerlang juga berkaliber..time aku smpai tu pun dah malam so kami balik teruih la xkemana…balik rumah afiqah malam tu dan kami mmg memperuntukkan malam tu utk bergosip..bertahun kot xjumpa oiii

Melarikan diri dari Durham,UK dan berakhir di Durham Street Australia??? 21 jam kot direct flight UK ke Australia weyhhhh..
Durham Mengantui ku
-Brisbane-



Keesokkan paginya..aku buat lawatan sambil belajaq kat University of Queensland.. 

Gigih panjat demi sesuap instagram.. #SisGigih
-Queensland, Brisbane-

memang literally lawatan smbil belajaq sbb  fiqah mengheret aku masuk kelas engineering dia n blajaq engineering dan seperti biasa aku buat2 paham.. ya benar, aku angguk2 n buat2 muka serius ja sepanjang lecture dia. Brisbane bnyk gila melayu dan menjadi kan Brisbane lokasi yg sgtlah xstrategik utk bergosip dalam bahasa melayu, kena hati2 sentiasa muahaha…

 Fiqah paksa pose kat sni sbb banggunan ni cantik dia kata..tp smpai hari ni aku tenung gmbaq ni..xdk yg cantik pn dlm gmbaq ni melainkan diri aku sendiri
-Queensland, Brisbane-

kami jenjalan uni Queensland lepas tu…uni ni agak mengingatkan aku pada Taylors University lake side jugakla..aku pun xtaw psaipa…mnngkin hny kerana dy ada tasik.. café pun bnyk, sng depa nk makan..dalam dok jalan tu terjumpa dgn client ptama yakni hanif, kami bincang masalah ekonomi sat lalu beredarla sbb nk kena ikut fiqah pi melawat kawasan seterusnya yakni kedai ayam halal..

budak biology kat sni ada library depa sndri perghhh...24/7 pulak tu.. #SisJelous


Suka nya la aku masuk kedai2 juai barang asia depa ni…boleh kata smua bnda mmg ada mcm kat Malaysia la..xsmua tp mcm smua ja bgi aku..klau nk compare dgn durhamuddin tu mmg xyah compare la sng...
tanpa sebab yg jitu, Fiqah cadangkan aku posing depan kedai kegemaran dia ni
-China Town, Brisbane-


Malam tu fana,shima,sarah and aimi akhirnya dah hantaq assignment depa dan akhirnya kami pon boleh lah bersatu semulaaa setelah bertahun2 dipisahkan lautan india dan jugak beberapa benua antara Australia dan UK. Boleh tahan banyak jugak kedai halai kat Brisbane ni.. mcm Sydney jugakla gamaknya noh…senang makan halai kat luaq..

Semua pemegang saham syarikat mega holdings cawangan Australia  akhirnya berkumpul
-Kedai Korea, Brisbane-

Smua org pakat baru hntaq assignmet..maka dgn itu bolehla smua pakat2 teman aku p Gold Coast..kami sewa keta p sana…Gold Coast dri Brisbane dalam sejam lebih la drive… 

aku suruh pose tapi sarah lebih berminat nk promote qu putih... #SisRedha
-Gold Coast-

semestinya afiqah jadi main pilot n shima jadi co-pilot… manakala aku dok kat belakang dok beletiaq sepanjang2 perjalanan…depa kata selalu depa jalan mna mmg smua org tdoq tiggai fiqah sorang ja drive tp sbb makhluk mcm aku wujud dalam keta tu mmg smua org xleh tdoq sbb dok dengaq ak menglipur lara dalam tu..ok apa, atleast fiqah xngantuk..

Kegayatan xmenghalang diri ini untuk terus menceburkan diri dalam arena pemodelan #SisCuba
-National Park, Gold Coast-

Sebelum p gold coast kami p market pagi depa la nk breakfast kat situ…depa bagi amaran bertubi2 kat aku bahawa market tu mmg bnyk gila anjing..aku pun dh sedia nk hati2..setibanya aku kat situ aku mmg xleh imagine klau depa p durham..sbb durhamuddin mmg lagi bnyk anjing kot…baru aku taw afiqah zafirah yg konon gagah tu rupanya takut dgn smua jenis haiwan..cuak gila muka dy bila terjebak dgn anjing…
meeting dengan shareholders outdoor pulak..tukaq strategi meeting
-Market apa ntah nma dy tu, Brisbane-
  
Lps tu Kami p national park..jalan dy boleh tahan menakutkan jugak, lagi kronik la jalan ni klau nk compare dgn jalan naik gunung jerai…pandai pulak ak diam masa keta dok climb hutan simpan ni sbb sbnaqnya aku cuak...agak dasyat fiqah boleh drive..pegang stereng sebelah tangan sambil senyum senget pulak tu aihh..kaklong Ampang katakan…sebenaqnya something wrong dengan tayar keta tu, smpai rumah fiqah baru hbaq kat aku, klau dy hbaq msa dok dlm keta tu mmg aku buat drama nk terjun dari keta dh aku rasa.

Minah ni patutnya nk ajaq aku flying kick gaya taekwando tp smpai aku balik xtersempat nk belajaq..sibuk jumpa client katakan

Kami sampai kat atas tmpat parking keta tu..pastu from there kena jalan masuk la kan…misi kami nk cari ayaq terjun la..ak google mmg lawa gila la ayaq terjun tu…aku xingt brapa jam ntahla kami mnyulusuri hutan simpan tu, mencari apa yg sebenaqnya tersimpan dalam simpanan hutan yg simpan itu, sepatutnya bberapa jam ja tp ntah kenapa aku rasa perjalanan kami tu mcm mengambil masa berbulan2 lamanya sbb yg dicari tidak jugak kami temui.. yg dinanti tdak jugak muncul tiba..

setiap inci aimi jalan mesti dy akan terseliuh...aku seriyau sgguh dy tergelincir jatuh nauzubillah...nak kata pakai seliper jepun ja pun dak jugak makcik ni..konpius jugak aku dgn bdk nih
-National park, Gold Coast-

Akhirnya, kami sesat…kami xsedih sangt pun, tp awan yg sedih melebih2 bagi pihak kami…hujan mula membasahi hutan…dalam dok sesat tu kami ambik kesempatan utuk posing2 dululah n biaq afiqah ngn shima ja dok baca peta…klau bagi aku baca peta pn mcm xbrapa nk mmbantu..aku pun xtaw cmna ak boleh lulus subject geography dlu..nmpk sgt aku hentam jawapan betoi masa PMR dulu..Adala mamat 2 org ni muncul dari mana xtaw meleraikan kekusutan kami..
Malim gunung the lifesaver


Hutan dy sat mcm tebai sangat 

sat macam jalan2 kampung

Setelah bertahun2 kami brjalan kami sedaq yg kami dah terlajak..kami dah jumpa tempat waterfall tu tapi tula..aku pun xbrapa nk digest sgt hakikat ni…sbb kmi p tu winter… so kmi buat conclusion bahawasanya, ayaq kat atas bukit sna mungkin beku sbb ayaq terjun tu kering..xdk ayaq pun..kering ja…kami pun beramai2 hanya mampu berhuhuhu gaya choir secara harmoni yg di lead-kan oleh aku..

Jangan disangka kesedihan hidup berpanjangan.. jangan disangka xdpat apa yg dicari dan dinanti tu petanda Allah xsyg.. jangan disangkak awan hitam akan terus memayungi diri…Redha pada Allah supaya Allah redha pada kita..supaya Allah syg kpd kita dan mmberikan lebih baik dari kita jangkakan..

Ya panjang sekali tazkirah aku…

I dah redha dengan keputusan yg you buat..you pilih dy instead of I. I doakan you bahagia.
I cuma nak masuk syurga..I nk request you dalam syurga nanti insyaAllah

Kami berjalan pulang dgn penuh redha…akan tetapi kami jumpa ssuatu lebih bernilai…pelangi muncul!!!... aku amazed gila dgn pelangi ni sbb kami dekat ats gunung so mmg pelangi tu mcm sebelah kami ja..aku xpnh tgk pelangi sedekat tu…rasa mcm kalau aku jalan dua tiga langkah ke udara tu mmg aku dah boleh pegang pelangi tu…mngkin jugak aku boleh jumpa teletubies tepi2 tu..mungkin depa akn jmput kami masuk rumah depa dan mungkin aku boleh main dengan vacuum teletubies tu

Mungkin juga aku boleh stop mengarut
-Brisbane city-
aku mcm boleh nmpk pelangi tu made up of particles cahaya kecik2 yg sgt cantik…lama ni tgk dri jauh mmg nmpk kaler2 dia jala... kemere pun mmg xleh nmpk mcm tgk dengan mata wei…alhamdulillah dapat tgk pelangi sebegitu dekat..and nmpk kkuasaan Allah kat situ..cahaya warna warni yg dok xdok terapung kat langit weyhhh…tolonglah amaze bersama dgn ku

🎶 Pelangi2 alangkah indah mu..
merah kuning hijau di langit yg biru
pelukis mu Agung siapa gerangan?
Pelangi ciptaan Allahuakbar 🎶

Pelangi tu mai sat sgt ..dy hilang lepas tu…apa ja kat dunia yg kekal, yg sedih and yg bahagia, smua xkekal…kebahagiaan hakiki mmg kat syurga ja weyhhh…

"Wahai Mariam, Taatilah Tuhanmu, Sujud dan Rukuk lah bersama orang2 yg rukuk" 3:43
-National Park,Gold Coast-

Kami pun meneruskan perjalanan pi Surfers Paradise… subhanallah tempat ni mmg sgtlah cantik..menurut gambaq fahana yg aku tgk kat rumah depa la..aku google pun cantik..haniz zalika pun gigih mai tgkp gmbaq kat sni utk kad kawen dy…tp malangnya, pantai tu akan cantik kalau ada cahaya matahari…klau malam mmg dy menyerupai pantai merdeka or batu feringgi kat penang..

Ini kisah kami ber enam dan se-tupperware bihun goreng yg enak

Dan seperti biasa.. aku, travel dan malang berpisah tiada… kami sampai Surfer Paradise tu mmg betoi2 matahari terbenam.. ak sempat tgk dgn mata la cantik dy tu..tp nk bergambar mmg xsempat la…tp aku boleh byg cantiknya tempat tu bila siang.. 

mcm nila sepatutnya colour ayaq dia dikala matahari menyinari (sumber dari google dan rakan sebaya)
posing tetap posing walaupun kaler ayaq dah bertukaq.
-Surfers paradise,Gold Coast-

bagaikan menambah garam kepada lauk yg sedia masin, hujan pulak dah turun mencurah2 ke ladang gandum. Kami pun bertempiaran lari mencari tepat berteduh kat dalam mall berdekatan..hujan malam tu mmg mcm xdk potensi nk stop hujan lebat gila…lebat lagi drpd rambut testimoni Yun Nam Hair care tu..

Sis Cuba Tabah

Bilamana hg nk tangkap gambaq permandangan tp pda masa yg sama hg juga nk join kawan2 hg yg lain ambik gambaq
-Surfers Paradise, Gold Coast-

Dalam sejuk gedik2 tu kami beli aiskrim dan p makan dalam keta, yg juga tepi pantai… oh ya aku simpati sgguh kat tuan keta yg kami sewa tu sbb kami mmg basah gila sbb hujan dan secara xlansung menarik kusyen keta dia ke dalam kancah kehujanan dan kebasahan tu…

looking for a rabbit hole, just in case I can reach wonderland and meet you there.
-National Park, Gold Coast-

Malam tu kami pun balikla Brisbane ditemani dgn hilai tawa dan senda gurau..Ya benar, aku mmg pastikan xdk sapa dalam keta tu tu yg tdoq spnjng perjalanan..

walaupun hakikatya aku yg mengantuk..
-Gold Coast-

Esoknya jnji konon nk ikut fiqah p usrah kat satu tempat ni (xingt nma) seterusnya melawat kawasan area tu...tp tula konon hny tggal konon sbb kehodohan perangai seorang syahadah..pagi tu dy buat mengntuk n letih mcm 20 tahun bermusafir n dah lama xtdoq lalu dy xikut pn p usrah.
  
macam tula rupanya kanggaroo tidoq ..sgt berbeza dgn gaya aku tdoq..aku lebh kpd gaya sleeping beauty skit
Lone pine-Brisbane-
Bukak2 mata kak faie yakni kak usrah fiqah mai mlawat aku kat blik ngahngah..sis rasa malu la disitu..petang tu kami nk celebrate birthday aimi n sarah..so pudhean yakni housemate fiqah pun buat la kek red velvet..aku konon nk blajaq buat kek tp lebih kepada mngucar kacir kan keadaan…dasyat gila ohhh pudhean buat kek..ak pun somehow ter inspired la juga..balik Malaysia aku try la buat..rasa kek aku sedap tp agak hodoh rupanya.. mngkin bertepatan lah dgn org hat buat tu kan…aku redhaaaa

Kat sni banyak jugak rumah papan..aku pun xpaham cemana depa survive dalam kesejukkan

Keesokkan harinya, plannya aku nk p lone pine dengan farah sakeenah tp dy ttba ada hal nk kena buat so aku kena p sensorang la.. Afiqah yg mmg dh sedia maklum siapa Adah sebenaqnya mmg sangat xharap aku p lone pine tu sensorang..dy sure pny aku akan sesat..dhla henpon aku xdak internet and xleh kol org..dan dy willing nk teman aku

awak jangan lah memalu dgn kite...kite jenis kurang tahu malu sikit

time tu depa sebenaqnya study week..mnggu depan nk final exam dah...patutnya afiqah study tp dy relakan jiwa teman aku jugak..sis sgt terharu..dy teman smpai depan zoo tu jala,,dy xmasuk dalam..dy study kat depan zoo..sis masih terharu dy sanggup teman sis.

cubaan selfie..mohon jangan bash
#SisCuba

ak sbnaqnya nk p steve willis crocodile hunter tu pny zoo tp awat mahai sgt xtaw byaran dy..sbb aku just nk main dgn kanggaroo n koala ja..so ak pla lone pine koala sanctuary nih...

sorry?? what?? you kata I cantik...ohhhh please lah...cubala bgitau benda yg I belom tau lagi..

seperti biasa, bila jalan sensorang ni mmg bnda paling xbest bila hg nk tgkap gmbaqla..oh ya, ak ada jumpa a group of makcik2 melayu..aku cuba berbaik2 well tp sbb depa bergaya macam acah2 mak datin yg mai melancong australia tgk kanggaroo konon2nya n depa keja jeling aku sedasyat mungkin...lalu aku pun xjadi la nk join depa jalan..beik aku jalan sensorang..

ada matsalleh sedih sgt dok tgk aku selfie sorang2..lalu dy hulurkan bantuan kecemasan utk aku dgn mngambil gmbar ini

nak dukung koala kena bayaq..aku pejam mata jla byaq..kat malaysia mna la nk jumpa pulak koala hidup2 noh..aku sgtlah yakin dy xpakai deodorant mahupun shampoo yg agak berkualiti sbb bau dy mmg dh cecah level busuk mengganggu keamanan..

Berat dia dah mcm bayi manusia jugak...
dah tu xkn aku nk expect ringan mcm kapas pulak kan..padiaaa ak ni

aku bgi kemere aku kat sorang ni suruh tangkap gmbaq aku while aku pegang koala tu kan.,.aishhh org aussie ni ak malaih nk komen lebih2 la skill tangkap gmbaq dy mmg kuciwa gila nk mati, klau mati hidup balik pun rasa mcm mngkin kecewa tu xhilang lagi...nasib beik la pegang koala tu pakej dgn ada photographer depa skali. adala jugak gmbaq ak dgn koala yg elok skit.

aku redha ja apa koala ni buat kat aku pun
#SisTabah

ak pun menjelajah zoo tu cari kandang kanggaroo..aku habiskan 3/4 masa aku dlm zoo tu bersama kangaroo.. aku ishtihar mmg kanggaroo ni benci aku sgguhla..aku guna cara lembut dy xmaw..cara kasaq pn xmnjadi...gigih ak nk selfie dgn dy tp dy xmaw bgi kerjasama...

Bila mana hg dah set time kat camera tp smua kanggaroo lari pi bemesra dgn org yg ada makanan.

pastu aku sedaq aku sbnaqnya patut beli makanan kanggaroo..tu cara nk tarik minat depa..tp dsbbakn tahap kedekut aku ni boleh dikategorikan sebgai sederhana membimbangkan, instead of p beli mknn kanggaroo..aku kutip sisa makanan depa kat celah2 rumpuh tu..smpai terhampir kutip sisa kumbahan depa skali la.

err awak, tu camera kite la..dah set timer tu...bukanlaaaa!!! tu bukan makan lahhh hishhh
Yang aku xpaham tu, dengan beg aku nak pulak dy posing..
aku syak sebenaqnya kanggaroo ni smua scara halus nk ajak aku boxing dgn depa la

mmg berpeluh2 jugak la mein kejaq2 dgn kanggaroo...kadang aku kejaq depa..kdg depa kejaq aku balik..gila penat..penat dia tu bgaikan mnyertai acara merentas desa dan cuba berlari sedaya upaya dan akhirnya hg ttp mnjadi yg terakhir utk sampai garisan penamat.

aku dah set camere tu oiii...aku xpeduli,mai jugak tgkap gmbaq dengan aku!!! jgn smpai aku tarik telinga


Sis berjaya selfie...mohon jangan kecam
-Lone pine,Brisbane- 

Malam tu aku teman Fiqah study...lebih tepat dy paksa aku study dengan dy walaupun aku baru ja nk on mood bru hbs exam kat Durham..dia paksa aku buat past year paper dy..aku hny mampu renung ja soalan2 tu...dia xtaw ka dalam bnyk2 kos, mmg engineeringlah kos yg aku sgt hindari.

Aimi paksa aku makan cereal kegemaran dia..aku rasa mcm kucing tgh makan aku pun xtau psaipa


hari seterusnya merupakan hari berjumpa client, pagi tu aku date dgn Farah sakeenah..bestfren masa sekolah rendah dulu..boleh dikatakan lost contact lama jugak dan akhirnya kami disatukan kembali di bumi kangaroo...
breakfast org belanja muehehhehe
-Brisbane City-
Tengahari pulak aku date dengan shiet sia..classmates ak masa taylors dulu..kami dok sebelah2 dalam kelas dulu..dia bnyk ajaq aku la dulu sbb ak blurr gila tahap kronik

Lunch org belanja muehehhe

manakala malam pulak aku dating dengan shauki, kawan taylors merangkap jiran depan rumah kat subang dulu..

Dinner pun org belanja.. ngahngahngah

malam tu sebenaqnya aku nk ajak fiqah teman aku p chatime kat uni depa..sbb aku mmg kemaruk gila..teringin gila nk mati, kat sydney aku dan minum 3 kali ja..

Malangnya, malam tu, uni depa terbakaq area mana xtaw.. aku habaq kat haiza

Aku: aku mai brisbane..nk p beli chatime pastu Uni depa terbakaq
Haiza: hang xyh p mana2 la wei..pi mana2 pun bawak malang...Uni depa pulak dh ttba terbakaq pasai hang

Aku xtawla awat brisbane ni benci sgt dgn aku. aku mmg dok aim nk bergambar dengan Eye of Brisbane tu sebelum aku smpai...ttba elok aku smpai brisbane Roda yg sebesaq2 alam tu depa cabut buang..xtaw p mna... pastu kat town sepatutnya ada tulisan besaq2 tulis 'Brisbane' tp elok aku smpai majlis bandaran depa cabut bnda tu...
Pantai buatan tgh2 city ni.pagi2 ada org mandi kat sni depa kata.
-Brisbane city-

yg lagi aku sentap tu, elok aku balik smpai malaysia, fiqah mesej, depa baru pasang balik Eye of brisbane n pkataan brisbane besaq2 tu...aku terus rasa emosi

ramai org cadang mungkin aku mmg patut mandi bunga bawah London Bridge untuk buang aura malang yg ak sering bawak ni la (ini khurafat mohon jangan contohi)

Last day aku kat brisbane..depa teman aku jenjalan city dimalam hari..aku baru ja kenai naddy, pudhean n bella tp dh rasa mcm seribu tahun kenai...so aku xdk la memalu mueheh sgt..

Aku suka sungguh tgk banggunan2 tinggi2 tu..lama xtgk sbb kt Durham paling tggi pun cathedral tu jala
-River Bank, Brisbane-


Aku terharu la depa teman aku walaupun exam datang menerpa depa..aku ok ja jalan sensorang tp depa ni mmg xharap kat aku lansung..

Semoga Allah membalas Budi  kalian

keesokkan pagi sesudah subuh..depa p hantaq aku kat airport gold coast..gigih depa teman walaupun flight aku seawal itu...

Power rangers sedia berkhidmat!


Till then good bye Australia
Impian datang Australia akhirnya Allah makbulkan Alhamdulillah ;')


semoga hari esok better than today, in shaa Allah

No comments:

Post a Comment

Statcounter