Friday, 8 July 2016

Berakhirnya Hikayat Hidup Di Durhamuddin





Tamatnya tahun ketiga bermakna tamatlah perjalanan hidup aku kat durhamuddin sebagai seorang pelajar undergraduate.. dah nk balik ni, bila flash back smua memories tu rasa mcm fuhhhh Allah letak aku kat durham ni mmg ada hikmah walau aku meronta2 bencikan durham pada mulanya…skrg ni, yg terpahit jugak termanis adalah experience sgtlah manis dan berharga bagi aku Alhamdulillah..

Alhamdulillah aku berjaya kurus lepas naik berat badan secara mendadak di tahun pertama

Selama 23 tahun aku hidup, tahun terperit and paling derita yg aku alami adalah tahun pertama aku jejak kaki kat UK.. aku xpernah p luaq negara walaupun Thailand mahupun Singapore…aku jugak xpernah naik kapai terbang walau hanya ke Sabah mahupun Serawak jugak KL-Kedah sebelum mai UK… flight pertama aku KLIA-London.. aku rasa terharu gila boleh tengok kapai terbang yg besaq (MH002) dalam jarak yg dekat, dilayan pramugari dan naik flight 14 jam ke London u olsss…haaa nmpk dak bertapa kampongnya aku..


Durham Dilipuliti Salji

Durham mewajibkan semua bdk Undergraduate first year dok kolej.. walaupun kolej mahai nk mati…kolej aku hani n haiza terpisah jauh (3 kilometer lah jugak okkehh)… Bayangkan seorang syahadah yg sgt hingusan dicampak kat College of St hild and St bede tu sorang2…


Comelnya seorang syahadah di tahun pertama

dia sorang ja melayu perempuan..ya benar, dia sorang ja yg pakai tudung dlm kolej tu mula2.. betapa susahnya nk paham apa matsalleh ni cakap..floor bilik campoq laki pompuan, shower room pun share laki pompuan…betapa menderita nya nk p tandas kena dok mnutup aurat sedia.. masuk2 bilik tu bantai n selimut pun xdak..apatah lagi cadar.. sebab malam tu sejuk gedik nk mati .aku redha ja p beli kat reception tu walaupun mahai yg teramat.


Asrama tercinta, College of St Hild and St bede


2 minggu pertama penuh penderitaan, manusia lain mngkin smpai uk terus kol family habaq, or bukak fb twitter, update kata dh smpai uk…aku xboleh kol Malaysia, xdak internet (tahun 2013, hild bede still xdk wifi, kena pakai cable).. betapa berganda2 nya penderitaan aku time tu.. aku rasa ak mcm dekat planet yg lain terus.. aku xtau haiza n hani kat mana pun.. ak xnmpk melayu, org pkai tudung, islam, dgn aku xbrapa buleh ckp bi, xdk kawan, culture yg menakutkan sgt…

Bakal merindui moment stay library sampai tengah malam

bygkan lah bilik kami terpisah dgn plywood nipis ja..aku boleh dengaq la jiran2 bilik aku bawak masuk boyfriend depa, buat bnda2 yg xperlu dsbut disini…those disturbing dan bnda2 yg sgt membuatkan aku nk lari balik kedah setiap saat aku dekat durham masa first year. Alat2 pencegah kehamilan pun depa sediakan kat entrance nak masuk asrama kami…paham dak perasan tau org kiri kanan dok buat dosa tu apa??? Mcm nk kol Jakim ja aku rasa… ehh jakim bukan utuk cop halal ka??


Tulonglah sis merayu nak hantaran sedulang ja...grand piano sebijik ja pleaseee

Saat paling aku benci skali adalah bila time makan, kena p dewan makan…imagine dewan makan mcm dalam cerita org putih tu…ambik talam, jalan along the buffet, ada makcik cedok kan lauk… then kena find a table and dduk dan makan…part kena cari meja n makan tu yg pling aku xsuka skali..aku manala nak ada kawan… 


payahla bila yang paling cantik pegang camera ni...dia mcm overshadow hbs smua org hmmm

aku xtau nk berkawan pun lah crita dia dengan English ak yg mcm sampah sarap nih…asal time makan ja ak stress gila..aku rasa mcm aku ada penyakit berjangkit yg berbahaya dan semua pakat mnjauhi aku..dahla dua minggu pertama aku termakan makanan xhalal rupanya..patutla rasa mcm gelap hati ja time tu…hampeh punya chef aku dah kta aku order halal…lps week kdua baru chef pmpuan tu sediakan makanan halal asing untuk aku…kadang2 makanan ak mcm lg sedap dri org lain..kadang tu ak rasa mcm aku makan makanan banduan pn ada…dia bgi aku ayam rebus ja wei seketoi…tu lunch aku…..


market hall durhamuddin, tempat beli ikan

Hampir 80% elaun aku dapat bulan2 akan diperuntukkan untuk mmbayaq duit kolej…aku tinggai dalam seratus lebih pound ja sebulan untuk meneruskan hidup…mmgla makan n tempat tinggai dah ada xpayah pikiaq…tp imagine la klau dah aku dok kena makan makanan mcm tu kat dewan mkn hari2 teringin la jugak nk mkn bnda lain kt restoran luaq…tp keinginan tu selalunya dibeku kan la…bdk first year ofkos la bnyk bnda nk kena beli…baju, kasut, buku…sememangnya mmg duit tu xcukup..

Even sebelum aku mai uk lagi aku dah tau yg duit aku xkan cukup sbb kena bayaq kolej…kami dah inform MOE, tp contract yg termaktub hny approve elaun kmi bnyk tu ja.. seperti yg dijangka..term ke 3, duit aku xcukup pun nk bayaq kolej…paham dak perasaan akaun bank xdk duit tu apa? Aku usaha la sehabis daya untuk xmintak duit kat Malaysia sbb duit Malaysia convert mai sini kena bahagi 5…banyak kot!!, mana convert duit mai pound ada charge, bank charge itu ini lgi... Haiza pun xckup nk byaq duit kolej dy (elaun ak n haiza sama)…

Hani membuktikan tulusnya persahabatan dia pada kami dgn bgi duit dia kat kami. ya benar, kami pinjam duit Hani… dia pinjamkan aku saja almost RM4000 weyhh..ada ka manusia lain yg sanggup pinjamkan kawan duit bnyk macam tu?. 





Lps bayaq duit kolej masing2.. kami tiga org mmg muflis..rasa mcm lawak pikiaq balik tp time tu Allah ja yg tau betapa peritnya hidup xdak duit di bumi org, kalau kat malaysia lain pulak rasa dia..ni kat tempat org, perit dia berganda.. 


Gadis comel di tepi sungai

Winter break kolej n dewan makan ttup…mat salleh smua balik sambut Christmas sementara students international depa kumpui kat satu kolej.. dahla xdak duit, dewan makan pulak tutup…aku ingt betapa lapaq nya kami…kami makan biskut tesco ja…aku bangun pagi lapaq, pastu aku tidoq balik sbb xtau nk makan apa…kami adala beli meggi jenama tesco 20p harga dia… hishh ak xtau la tu makanan ka dak, rasa dia xmcm menyerupai makanan pun aihh…



sebab before tu kami mana nya nk masak, dok makan kat dewan makan.. ni winter break kmi cuba la beli periuk murah2 (guna dua tiga kali, karat periuk tu hahahah).. kami xdak batu lesung, kami pinjam mangkuk org pastu ketuk dengan botol kicap)…dua tiga jam jugakla cili tu nk lumat guna peralatan mcm tu untuk ketuk cili…


Paham dak perasaan bila masuk tesco…

Hani: nak donut
Haiza: xyahla mmbazir…
Aku : teringin nak ice-cream
Haiza: xyahla, kita xdak duit la wei

bila sekarang ak p tesco, donut tu xsampai satu pound pun… aiskrim pun sama.. ak juga ingt moment kami terjumpa satu pound dalam poket kami, punyala seronok time tu sbb boleh beli sesuatu…Allahh…. Sedih sgguh ingt moment mcm tu…

Kalau bunga2 kuning ni dah mula muncul kat ladang belakang rumah ni maksud dia musim exam dah nk berakhir dan saat nk balik malaysia dah nk dekat

Ya benar, disaat yg sama, aku dok tgk org2 malaysia dok tayang gambaq kat aku…betapa teringinnya aku nk makan laksa waktu tu…aku ingt smpai ada satu point tu, aku tengok gambaq laksa sambil menangis..ni sumpah xbohong…ada laksa dijual, tp aku xdk duit nk beli hoi…bnyk lagi bnda lain nk guna duit..ak simpan keinginan laksa aku



Depan pintu masuk asrama: Hari pertama jejak kaki kat durham vs beberapa hari lagi nk good bye durham


Sbb xtahan sgt akhirnya aku suruh mak aku bank in RM1000 habuan kami nk hidup kt sni.. malu sgguh aku rasa, dh ada biasiswa tapi mintak duit kat mak lagi…RM1000 roughly bahagi 5, pastu mana conversion rate lagi..charge bank lagi..last2 brapa jala yg sampai kat tgn aku dalam pound..time tu manusia2 yg dok kata budak oversea, tmbh2 bdk UK kaya, mmg mengundang makian aku secara bertubi2.. yg dok order mcm2 barang kat aku masa first year, n bila aku kata aku xboleh beli sbb xdak duit, di label nya aku belagak blajaq oversea xmau tolong kawan..ada biasiswa tp buat2 xdak duit…


derita aku tahun pertama mcm berpanjangan dan mcm xberakhir…mana dengan study pun mcm xbrapa nk smooth…Aku mcm xdak masa sgt nk study, kolej aku paling jauh dari school, aku p kelas jalan kaki 3km tula… bapak penat hoi..dahla berbukit bukau…panjat tangga turun tangga… 3 bulan pertama aku jalan p kelas mmg jalan smbil menangis…sebab aku keja sesat n aku penat sangat…ada sekali balik malam, angin kuat, org mabuk banyak…ak  jln balik smbil menangis teresak2, dok doa supaya malam tu aku xsesat..kelas habis ewat time tu…balik kolej aku akn ak tdoq esok pagi ak bgun p kls lagi…bila nya aku stdy..dhla masuk kelas pn xpaham ap cikgu tu cakap..ak rasa kalau time tu aku masuk kelas  accounting pun ak xprasan yg tu bukan kelas biology..sbb sama ja konsep xpaham tu..

Hari Pertama p kelas VS hari2 kegembiraan meraih kemerdekaan dari cengkaman kehidupan degree


disebabkan kolej tu aku sorang ja melayu pakai tudung, aku buleh rasa akidah aku sgtlah goyah sekali.. dulu baca quran insyaAllah tiap2 hari..makin lama ak rasa mcm dh xbaca quran sgt dah.. aku nak kawan dgn matsalleh..cara depa berberbeza, depa nk ja kawan dgn aku… depa bnyk kali ajak aku keluaq dgn depa p clubbing bagai…bagi depa tu besa ja sembang2 ja..minum2 ja..kdg2 aku perasan perubahan aku, kadang aku sdnri xsedaq..bisikan syaitan tu halus sgguh…environment pun mnyumbang…

kdg tu aku rasa aku paham ja knapa org2 melayu yg p university oversea yg xbnyk melayu ni akhirnya bukak tudung.. adala bbrapa org aku rapat kat kolej dulu, bila depa mai bilik aku msti depa akn puji.. “adah, u look good without your hijab” .. pompuan la yg ckp ni…ak pun berbunga2 la sat klau dah selalu kena puji lagu tu.. bilama hg sendri yakin yg klau hg free hair hg lagi lawa dri mat salleh muahahaha…dak2 k gurau…

Train station juga bakal dirindui

depa selalu mai tgk movie kat bilik aku, kdg aku p bilik depa…bila depa mai tgk movie blik aku ja depa akan bawak arak.. boleh imagine dak, ak yg xbrapa nk buleh ckp BI sgt waktu tu, xreti nk marah atau bersikap tegas mnggunakan bahasa bukan bahasa ibunda…aku just tgk ja depa minum2 dalam bilik ak…haa tu la bau alcohol la cita dia…sekali dua ja ak mcm xselesa..lama2 ak mcm dh biasa, bila p tesco dengan depa, aku boleh pulak p teman kawan aku p beli arak…Astagfirullahalazim, bila aku pkiaq balik, apakah mangkuk hayun sgt aku time tu.. knapa bnda simple pun xleh nk pkiaq..I did not realize yg ak tgh bersubahat skali !!… bnda ni brlaku slowly, aku xprasan.. 

Satu kesalahan yg xdapat aku lupakan adalah apabila aku p satu tempat yg aku xtau tu sebenaqnya kelab malam..dahla p pakai jubah hitam, alim sungguh ikut tema kononnya.. sampai2 tu baru aku tau tu kelab malam..rasa mcm nk menangis berbaldi2 kat situ jugak…kelab malam UK bukan mcm club dalam cerita melayu tu hoi…boleh byg dak dasyatnya tu lagu mana…Allahhhhh.. aku harap xdk bdk2 UK buat kesalahan mcm aku.. xsampai 5 minit ak kt stu..ak balik sbb xtahan… (aku harap mak aku xbaca blog aku part ni)..

satu2nya sebab aku suka asrama aku ialah sebab dia cantik, mcm aku

bila aku type ni baru aku prasan betapa jahiliyah nya aku time tu.. tu perlunya kawan se islam yg saling mengingatkan.. jgn rasa hg boleh bawak diri sorang2 kt bumi asing ni..NO! hg perlukan peringatan secara berkala…aku dah lama sgt xdengaq azan time tu…yg aku dok dengaq bunyi loceng gereja dalam kolej aku tu ja…Alhamdulillah Allah xbiaq aku p jauh, aurat masih terjaga insyaAllah sepanjang di UK..cuma pergaulan ja yg terbabas sat…dan Alhamdulillah jugak Allah xambik nyawa aku masa ak tgh sulam dosa aku dgn giatnya..aku ingt janji aku kat dri sndri before mai UK. Ak dah tekad, biaq aku xdak kawan, asalkan bukan Iman aku tergadai. Alhamdullilah nama aku syahadah, dan selagi mana nama aku kekal syahadah, aku xlupa janji aku kat Allah insyaAllah * tetiba*.

Mengucapkan selamat tinggal pada kambing biri2 :'(


Aku jealous sbnaqnya tgk kawan2 lain dok ber usrah2… awat xdak sapa nk usrah kan kami kat durhamuddin ni noh.. aku, hani n haiza cuba la buat usrah kami2 ja hujung mnggu… tp xjalan sgt lah crita dia dah klau kami last2 dok merapu ja…dan Alhamdulillah hujung tahun first year tu ada yg sanggup usrah kan kami muahaha…kami usrah pakai skype ja..tp skype pun xpa..kami mmg suka la pndek kata…

Penyeri Rumah kami...PIANO!


Tahun kedua kami masuk rumah sewa sama2..Alhamdulillah bahagianya aku rasa smpai xterucap… Rezeki Allah bgi kat kami, rumah kami sewa ni mmg murah sgguh..kawan2 kat uni lain smua pakat jelous..Bas pun free pi uni.. makan pun kami masak sndri… senang hidup kami tahun kedua ni Alhamdulillah…

Dah nak balik ni baru nk discover beberapa kedai halal kat durham aihh
Allah bagi kami rasa erti derita xcukup duit, xcukup makan, sunyi xdak kawan supaya kami hargai n sgt bersyukur apa kami dapat tahun kedua ni.. mngkin bgi org hat x rasa apa kmi rasa tahun prtama tu, mesti akan demand mcm2, klau masuk rumah kami…bagi kami, rumah ni syurga dekat durhamuddin ni..
hari pertama kami masuk rumah ni, kami kemas sehabis daya, beli karpet, beli lampu…hias itu ini..beli cadar smua.. Alhamdulillah tahun pertama ajaq kami berdikari, bukan mengharapkan belas ihsan org sentiasa…


Bersiap sedia berkhidmat!

selagi boleh berdikari, kami akan buat sendiri...ayam halal kami beli online, posmen akan mai hantaq..kiranya kami akan beli untuk beberapa bulan sekali gus la..jgn risau ayam tu tahan ja. 

Hani berjalan bersama jerangkung Vs hani berjalan bersama Adah

Tahun ni jugak kami bnyk sgt travel Alhamdulillah peluang Allah bagi…dah alang2 dok kat England, negara2 lain smua dh dekat dah..kdg tu tiket flight lagi murah dari tiket train durham-london.. pi paris naik bas pun boleh oii…xkan nk biaq saja..beik p…


Pastinya aku akan merindui bilik ku yg ku sayangi...matlutfi ja aku bok balik, perpperp dengan nipih kena tinggai (tu nama anak patung)
Tahun kedua ni, aku mcm dah berani skit nk bersuara dalam kelas..nk tny soalan masa tutorial dan berkawan dgn matsalleh secara sihat…ada 3 org minah salleh ni budak biology merangkap budak kolej aku jugak..dia ni mmg anti sngguh la dgn aku dri dlu…kira kalau aku senyum tu mmg dia jeling la..pada suatu petang tu, kami ada kelas, mmg pakat lapaq la time tu sbb dh petang dah..aku dok beratoq kat café nk beli ayaq sebelum masuk kelas…pastu minah anti aku tu bratoq kt blkng aku.. muffin time tu ada satu ja, ak xmau pun muffin tu tp bila dengaq dy nk beli muffin tu teruih ak beli dan dy xsempat beli… seronokla rasa dengaq dy dok mencarut bertubi2 kat blkng tu.. aku buat kering ja..masuk dalam kelas makan depan muka dia…rasa puaih hati la jugak buat dy sakit hati spnjng kls tu..semoga dia tau aku sebenaqnya xdakla lemah sgt, aku suka pekena org jugak hakikatnya..

Lori Hijau tu keja parking depan rumah kami...tu lori bawak kuda dan hampir meragut nyawa aku sbb dy lupa tarik handbreak and angin kuat pada hari itu..fiuhh

Tahun kedua ni ujian dia dekat akademik rasa nya… aku smpai buat drama dalam library la punya stress la aih…bab ni ak dah ulas lanjut dalam blog graduation rasanya..

Bakal merindui meja study ni

Tahun ketiga muncul…. Ujian tahun ni lebih kpd training aku punya kesabaran dan ketahan minda juga jiwa dan rohani… xtaula pasaipa serangan keatas org islam mcm lbih dasyat tahun ni…yg lebih menarik nya, aku ja asyik kena…haiza n hani kalau depa kena pun mesti aku ada skali…depa xpnhla kena bila depa sensorang…aku ingtkan aku magnet malang ja, rupanya magnet islamophobia pun ada jugak kt aku…Alhamdulillah selamat ja smua..adala serangan fizikal mcm kena baling batu masa tgh mendayung sampan tu adala…


kelas piano bersama sifu Hani

kenangan manis aku rasakan bila dapat menulis untuk durham punya newspaper.. guna nama penyaputerbang hoiii… wartawan tu prefer aku guna nama aku sndri mulanya.. aku dok bajet nk hantaq gambaq aku bagai, acah2 artis baru naik yg masuk paper tu haa..tp pkiaq2 balik..bahaya gila klau aku buat lagu..dhla lama ni mmg dok kena..buat mcm tu mngundang lebih bnyk serang specific kat aku la nmpknya…



tp Alhamdulillah aku puaih hati aku berpeluang menerangkan apa islam sebenaqnya, betapa kita xsokong apa jadi kat paris dan pada masa yg sama mengingatkan depa apa yg jad kat palestin… dan ianya x berakhir disitu…kita rasa terharu la bila polis durham baca article tu and dy nk sgt jumpa aku dia kata *senyum senget…. Dy bagi contact details dia supanya aku segera hubungi dy lagi kalau jdi lagi..

Semayang dengan orang lain 5-10 minit habis dah..semayang dengan depa ni kadang 2 jam pun tak boleh nk angkat takbir lagi...ada ja tarian, lakonan, cerita or other benda pelik2 nk buat sebelum tu


Alhamdulillah aku rasa confidence ak tahun ni boleh tahan increased dsbbkan experience2 yg aku lalui yg memaksa aku supanya mningkatkn level confidence aku.. ak rasa achievement unlocked sgt berdiri kat depan library smbil jaga booth untuk org tny pasai islam.. ada reaction yg positive ada yg negative…biasala tu..hati kena kental sbb mmg aku expect hat negative ja sbnaqnya muehhe…ak juga xsangka aku buleh mngajaq A-level biology kat anak2 matsalleh masa placement aku time tu.. lani rasa membuak2 la prasan nk balik mngajaq kat Malaysia…tp yg aku pening sekarang ni biology kat Malaysia dh jadi BM, msti bnyk terminology ak kena tukaq.


Botanical Garden, Durham University 

Ujian paling dasyat, sentapan kalbu yg paling maximum adalah apabila dapat berita kehilangan ayah kandung satu2 nya… Keimanan sgtlah teruji dikala ini… Alhamdulillah Allah masukkan kekuatan dalam hati aku time tu… lama ni dok dengaq berita org tu org ni hilang ahli keluarga masa depa kat UK..ak xsangka aku pun tergolong dalam kalangan depa sedangkan aku dh beberapa bulan ja lagi nk balik Malaysia time tu.. 


Snow ni nampak ja lembut, sampai patah payung aku angkara dia
 
kpd yg mencemuh kenapa aku xbalik Malaysia time ayah ak meninggal.. Slain dripada tiket yg sgtlah mahal dan aku ada placement kat sekolah juga perjalanan yg makan masa pling2 dua hari tu, sebab utamanya ialah aku tau klau ak balik, ak xsekuat aku kat UK…silap2 ak dah xdk semangat nak mai uk balik hbskan degree..

Sebelum Durham banjir, moh kita tukaq topic…

acah2 saling sayang menyayangi

Segala ujian2 selama hidup kat durham ni, aku rasa antra ujian terbesaq jugak adalah ujian kena handle dua housemates pelik ni..aku hari2 pikiaq mcm mna aku nk halau depa dri rumah ni..


Sahabat yg saling setia bersama dikala jatuh bangun tergolek lapaq derita sengsara mahupun bahagia 

Haiza Hanim, the most diplomatic one..dia ni boleh dikira sebagai kaklong la antara kami.. dia acah2 paling wise la..aku sebenaqnya pelik mcm mna dia dapat kekuatan fizikal dia.. dia ni sllu bnyk bekorban la..klau kami kena angkat bnda berat2 ka apa mesti dy bulehla nk handle tu…barang2 tesco yg berat mesti dy akan angkt punya…kat aku mesti dy suruh bawak benda ringan2..dia kata ak fragile n vunerable, satgi takut patah tangan gamaknya (dia penah mmpi patahkan tangan aku)..


Setelah berjuta2 baju dia beli untuk pakai masa graduation, akhirnya dia memilih utk menggayakan busana ini
 tpi dia ni pandai belakon skit..kalau kat luaq bukan main Diva, kalau kat rumah la ishh ak xtau dh nk handle dia mcm mna…kadang2 rasa mcm nk bubuh ubat tidoq dalam ayaq dia pastu boh dy dalam guni, letak dia luaq rumah..haa gitu..dia juga merupakan satu2nya org aku penah tampaq pipi sekuat hati..sejahat2 aku sepanjang zaman sekolah dulu, aku xpenahla pukoi org ka apa, minah ni mmg bertuahla sbb dapat tamparan aku yg sgt sekuat hati..ada ka dia buat2 kena hysteria kat rumah..time tu kami dua ja ada..aku dah la penakut level biawak…mmg lepas tampaq dy tu ak lari menyorok bawah meja ketakutan…haaa hambik hg… dia sampai menangis la kena tampaq dengan aku hahaha…

Budak First class hoiii Budak First Class

Farah Hani, dia ni proofread tegar kami.. xkira bertapa pnjang nya assignment mahupun report kami dia msti akan baca cek grammar ayat smua…rasa nya dia dh buleh nk dpt double degree ni..smua bnda biology pn dia tau.. Hani juga merupakan ketua chef, rujukan aku and haiza kalau kami struggle nk repair masakan kami yg mcm dh xbrapa nk buleh diselamatkan tu..tahap mudah terhibur hani ni ak xtau la level apa… kadang xbuat lawak apa pun dy dh gelak…dh la gelak style vibrate, klau dia gelak kat meja makan, kami kena hati2 skit, takut kari ka tomyam ka atas meja tu tumpah…effect vibration gelak dia tu dia transfer kt meja mmg xtau la brapa scala rector effect gegaran dia tu aih..

aktiviti kalau terlepas train...tangkap gambaq untuk tenangkan diri 

Bak kata kak fadzliah,  klau nk kenai seseorang tu kena, tinggal bersama lebih 3 hari, mengembara bersama dan berurusan melibatkan wang ringgit... haaa aku rasa dengan depa ni smua aku dah buat…aku dah kenai sgt dah la..klau ada sapa2 nk merisik perangai depa ni mmg aku la org layak nk mnjawab…dan kalau sesapa nk merisik aku, mohon JANGAN tny depa ni, xkan ada yg elok pasai aku akan keluaq dari mulut depa kelak…


Bakal merindui moment2 jalan2 bersama kat pekan durhamuddin


Syahad yg dulu bukanlah Adah yg sekarang..

Adah sekarang rasanya dah pandai sikit dah masak…walaupun masakan dia selalu gagal, tp stakat ni housemates dia xdk la lagi masuk hospital Alhamdulillah…beliau jugak dah kurangkan kadar kesesatan dia klau dia p mana2..klau sesat pun dia pndai dah tanya org, bukan mcm dulu, kalut menangis dulu pastu baru nk tny org…

Kak fadzliah, haiza, hani, adah dan beg adah
Ketahanan kami sepanjang mnjalani hidup di Durhamuddin ni di perkuatkan lagi dgn kehadiran kakak n abang2 se-malaysia kt sni…

 Kalau xdak rezeki jumpa kat malaysia, semoga kita berjumpa di Syurga

tak akan aku lupakan jasa kak yanti and Abg Imran yg mai jemput kami kat Airport Newcastle  masa first kami sampai…walaupun kmi contact last minit..kmi mmg dok cari org melayu kat durham sblum kmi mai lagi..tp mmg xjumpa..kak yanti yg tolong kol mak aku hbaq kata syahadah ni dah selamat smpai kolej, klau dak jenuhla mak aku dok tunggu aku smpai ke dak lagi kat uk.

Durhamuddin ada ayaq terjun hoii

Masa first year, zaman xdk duit tu, jenuh pkiaq banyak kali la nk beli nasik kak jaja juai every Friday tu..sedap gilaaaa tp xbrapa nk ada duit..dhla jarang makan nasik time 1st year. Masa second year start rapat ngn kak jaja n abg Tham, rasa bahagia la klau p rumah kak jaja, mesti dapat makan mcm2 muahaha..kalau beli nasik mesti kak jaja bagi nasik lebih sebungkus sbb tau kami spesis pirana dari Africa yg dh lama xmakan…


Haiza, Handbag nya yg dah hilang dan salji2 yg berguguran

Kak Lea n Abg Zam, jiran selang dua rumah dri kami…adoyai, apa jala kak lea masak yg xsedap…setiap kali makan msti mcm kena tny, kak lea masak mcm mana ni..kak lea suka sgt bgi makanan kat kami smpai rasa segan la aih sbb kami xbgi apa2 pun..bukan xmau bagi…rasa mcm masakan kami xsmpai threshold masakan kak lea haha..

Muda remaja nya muka 2013 muahahaha

Tidak ketinggalan, Kak fadzliah n Abg ridzuan..dah mcm family sndri..dah mcm abg n kakak kandung sndri la..sentiasa mnjadi telinga yg mndengar n tangan yg mnghulur kan bantuan..kak fadzliah mmg partner tegar study lewat malam kat library…asal p café library ja mesti jumpa kak fadzliah…dari situ la kami rapat mula2…lps ni kak fadzliah xdk kawan lepak café library dhla nmpaknya :(

Before saying the final goodbye :'(

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah… sampai harini aku bersyukor Allah bgi aku peluang mai belajaq sampai sini walau aku tau result SPM aku xbaguih mana, bnyk lagi layak. Tapi Allah pilih aku..Alhamdulillah…

Aku ingatkan fairytales aku karang dari spm dulu dah jadi debu2 cinta layu di pusara… aku bersedih utk fairytales yg gagal smpai aku xsedaq yg rupanya aku ada kisah dongeng aku sendri di sebuah kota kecil yang tenang di utara England yg diberi nama Durhamuddin Darul Hambar..

Thank You Durham! I started to fall in love with you.. tp kita dah kena berpisah pulak noh

Serindu2 aku pada MRSM Kubang Pasu, aku still anytime boleh p Jitra…tapi Rindu yg aku bakal sulam dan anyam pada durhamuddin ni mngkin hanya dalam mimpi ja la aku mai balik England ni…

1 Syawal.. Second last day in Durham

Dengan ini, maka berakhirlah hikayat hidup seorang syahadah di Durham..

Alhamdulillah, Thank you Allah.








semoga hari esok better than today, in shaa Allah

Statcounter