Sunday 18 June 2017

Syurga Yang Dirinduikan PART 1


Boleh tahan penat jugakla nk vacumm habuk dan sawang yang bermaharajalela kat penyaputerbang ni dek kerana dah hampir setahun jagung jugakla dia tidak di update dengan sesuatu cerita mahupun apa-apa hikayat..



Keanggunan seorang syahadah terlalu terserlah dalam gambaq ni

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah cuti sekolah yang lalu aku diberi rezeki dan peluang untuk melawat dua masjid yang utama dalam islam iaitu masjid nabawi di madinah dan masjidil haram di mekah.. of course sebenaqnya ada 3 masjid yang utama bagi umat islam iaitu selain dua masjid ini, ada lagi satu masjid iaitu masjid al –Aqsa yang dekat palestin nu.. tp nk p palestin pada masa sekarang ni untuk masuk masjid al-aqsa bukanlah sesuatu yang mudah.  Aku yakin dan pasti satu dunia tau akan hakikat betapa susah payahnya rakyat palestin  pertahankan masjid al-aqsa ni kat sana daripada dirampas oleh israil n tentera Zionist yg keji lagi zalim dan layak diherdik juga dikritik tu. Besaq ganjaran rakyat palestin yg berjuang disana, pastinya syahid milik depa la kan.


Ni nama dia oasis... untuk penonton2 astro oasis sekalian...ni la oasis iaitu tengah2 padang pasir pastu tetiba ada macam ayaq sikit..aku kenai pkataan oasis masa tgk dora the explorer dulu
- madinah-

Dulu kalau aku dengaq org dok selalu doa kata semoga Allah menjemput depa p ziarah rumah Allah or p buat umrah or haji aku sebenaqnya xberapa nk feel sgt perkataan jemputan menjadi tetamu Allah tu tp sejak second year aku kat UK ak dh macam start paham. Rata-rata masyarakat termasuklah aku masa zaman aku xbrapa nk paham dulu ni, menganggap kalau ada duit ja dh boleh p buat umrah/haji. Ada duit ja semua jalan. Rupanya tu bukanlah definisi yang sebenaq.

Masa aku second year dulu, sepatutnya aku dh p umrah bersama seluruh ahli keluarga aku.. ak dh beli tiket balik Malaysia tepat pada masanya sepatutnya xdak masalah untuk ak fly p madinah bersama seluruh ahli keluarga tp sebab ada masalah application visa dan sebagainya aku ja sorang ditinggalkan sendiri sementara yang lain p umrah. 


Antara pintu masuk masjid Nabawi

Kat situ aku sedaq yang kalau ada duit pun dah kalau Allah x izin nk p n jadi tetamu-Nya di sana mmg xkan boleh p..  pastu tetiba aku dok tgk cita Bersamamu kat TV3 tu, ada satu mamat ni dia teringin sgguh nk p kota suci mekah n madinah, hari2 doa tp dia tau mcm mustahil sbb dia nk makan pn xbrapa nk cukup, ttba TV3 taja dia p buat umrah bulan posa time tu… makanya time tu dialah yg diizinkan Allah menjadi tetamu Allah ke baitullah yakni rumah Allah yang agung pada ketika itu.



Ya benar saat aku paham definisi  sebenar menjadi tetamu allah tu ak rasa tamparan yang agak hebat jugakla, aku baru aware yg sebenaqnya nk jdi tetamu Allah ni kena berdoa dan meminta kat Allah bukan hanya berharap ada duit baru buleh p dan sememangnya Allah akan jemput kita p pada masa yang tepat kerana after all dia yang lebih mengetahui.

dalam dok cari2 tandas terjumpa kedai sendri pulak...
-mekah-

Ok sekian leteran aku, mari kita mulakan perjalan ke Jeddah!.. dalam dok kalut2 dekat gate nk masuk fight tu aku p la semayang zohor dulu dekat the nearest surau tu.. masa nk keluaq dari surau tu tetiba ada sorang makcik indonesia ni tarik tangan aku suruh tolong dia tarik lengan baju dia yg tersekat kat siku dia tu untuk turun ke pengkalan lengan dia kembali…aku pn xpaham mcm mna lengan baju dia tu buleh stuck kat siku, mungkin masa dia nk ambik ayaq sembahyang tu dia sinting lengan baju dia gamaknya n padahnya ia tersekat kat siku dia…


Sebagai seorang ceo yg sering melawat kawasan, kali ni sis melawat ladang kurma pulak...so far rasa bisness kurma kat sini berkembang dgn pesat
- Madina-
ketat gila wei smpai lengan dia dh jadi colour merah yg mcm darah xleh jalan tu… Aku mcm sepatutnya secara normal yg mmg dh boleh gelak dah, dh mcm xlojik sgt baju dia tu sangkut kat situ..tp niat busuk aku tu aku batalkan secara mendadak lepas tgk muka makcik tu mcm cuak yg nk menangis tu haa.. maka aku pun tekad la tolong jugak mkcik tu tarik2 baju dia n perosok2 tangan dia masuk balik dlm baju…

walau aku sndri xtau apa aku dok buat tu membantu ka dak..ikut hati aku mmg mcm nk cakap “makcik kita mmg xdk pilihan lain selain gunting ja baju makcik ni’ tp ofkos la ak xgamak nk kata macam tu .. tp yg aku xpaham tu dalam ramai2 manusia yg ada dlm surau tu awatla dia nk kena tarik tangan aku suruh tolong dia jugak2… geng2 jemaah umrah dia pun ada…mungkin sbb muka aku ni ada mcm muka bomba dan penyelamat gamaknya.. 



Struktur geografi jeddah dari udara.. rumah depa semua colour sama ja..kereta depa pn sama ada putih or hitam, kdg2 kelabu

aku dok pkiaq kalau kata aku terlepas flight semata sbb menguruskan lengan baju makcik ni mmg aku akan gelak kat diri aku smpai aku pencen nmpaknya. Lama jugakla proses menyelamatkan tangan makcik tu daripada terus terdedah aurat lengan nya itu, n akhirnya Alhamdulillah…makcik tu punyala terharu smpai dia peluk aku mcm aku ni anak dia yg dia xsengaja buang dalam laut 37 tahun yg lalu.

Depan masjid Quba iaitu masjid yg pertama nabi bina sejurus sampai madinah...nabi bina mula2 guna pelepah2 kurma ja wei...


Sesampainya di Jeddah kami kena naik bas 6 jam gakla smpai madinah.. aku mengantuk tahap biawak terhantuk dinding dah aku rasa time tu tp disebabkan aku tertengok luaq tingkap and ternampak sesuatu yg lama ni aku tgk dalam gambaq/TV ja tp skrg dia mmg ada depan mata.. ya benar, apa lagi di madinah yg boleh mengagumkan kita, tidak lain tidak bukan masjid nabawi ler… hilang teruih mengantuk wei, rasa gedik2 teruih p masjid, lupa niat asai aku yg nk qada tidoq dalam hotel nu..


Apa yg aku paling ternanti2 nk p masjid nabawi ofkosla xlain dan xbukan untuk  melawat makan Nabi kita yg teragung merangkap kekasih Allah yang mulia iaitu Nabi Muhammad SAW… selain itu, of kos aku nk sgt solat and berdoa sepuas yang mungkin dalam raudah. Raudah ni aku kenai masa aku darjah 4 kot dimana mak aku p beli frame gambaq yg ada gmbaq raudah n letak dalam rumah, time tu gmbaq tu menarik perhatian aku sbb dia ada lampu ja… dan dari situ abg aku dok cita ni “ni la taman-taman syurga, doa mmg mustajab kat sini tp nk masuk ni mmg bukan senang, jenuh berpusu2, xkan xpernah ada org la kat sini aih”.. dan dari detik itu aku tau apa tu raudah yang sering hebat diperkatakan.

“Antara rumahku dan mimbarku terdapat taman di antara taman surga."
 ( HR Bukhari dan Muslim)

pada yang tidak tahu, Nabi Muhammad dimakam kan dalam bilik dia sendiri… kiranya tu dulu rumah nabi kat situ la, bilik tidoq nabi n siti aishah la lebih tepat.. Jenazah Abu bakar yakni ayah kepada Aishah pun turut dimakamkan dalam bilik tidoq aishah jugak sbb beliau request nk disemadikan sebelah nabi..setelah itu, umar jugak request nk disemadikan bersama nabi jugak… kiranya kalau kita melawat makam nabi tu, yg disemadikan bersama dgnnya juga ialah sahabat2 baik nabi iaitu abu bakar dan umar.


Dekat Dataran Masjid Nabawi


Mengetahui hakikat bahawasanya masjid nabawi tu merupakan tempat perkampungan nabi, dulu nabi dok jalan2 kat situ, sahabat2 nabi di situ dan disitulah islam dikembangkan dan bnyknya perkara yg berlaku di situ menyebabkan aku rasa sgtla bertuah skali diizinkan Allah untuk berdiri, berada, bersolat dan berdoa di atas kawasan yg penuh barokah itu. 




salu tgk dalam azan magrib tv3 ja environment ni  alhamdulillah boleh tgk dpn mata..mula2 masuk dalam masjid rasa mcm wahhhhhh
-masjid nabawi-

Tp pagi tu aku xleh berlama-lama an kat masjid sbb kena balik hotel pkoi 7pagi dah sbb mutawif kami yg lansung xberfungsi sebagai mutawif tu kata kena berkumpui smua dkt lobi pukol 7 tp lucunya pukoi 830 pun dia xturun2 lagi… last2 dia turun kata Jemaah pmpuan pkoi 1130 malam nnt berkumpui lain n Jemaah laki dia bawak p makam nabi.  Laki pun dia bawak ja p makam nabi sat pastu dia kata dia sakit pinggang n nk balik hotel rehat..


tiang2 tu sebenaqnya payung.. dia bukak waktu siang ja.malam dia tutup

Aku pun dah malas nk ikut rentak mutawif pelik tu lalu aku pla masjid balik..aku dok watlek watpis dlm masjid depan sebuah pintu kayu tu sambil dok usha syiling, lantai dinding dan segala inci masjid la kan,aku dok perasan la mcm ada org dok berlari2 anak mcm kalut2 masuk through pintu ni…mana la aku nk p tau tu pintu apa.. kak fizah yakni kak ipaq aku ada la habaq kata raudah xsentiasa bukak untuk perempuan, dia ada masa2 dia so kena tau time dia jugakla..


Dalam masjid Nabawi

rupa2nya pintu yg terbukak n xberapa ada org nk masuk tu la pintu masuk raudah hoiii…dan hatiku bagaikan dikoyak dan disiat2 bila pintu tu tutup depan mata aku tanpa sempat aku melangkah masuk… wei dia punya sedih tu ak xtau nk gambarkan mcm mana..


Pukoi 2-3 pagi baru rasa ada ruang kosong sikit dalam masjid
tetiba aku teringat aku tgk vdeo kat youtube ustat ni kata “ ada org yg p madinah tp malas nk masuk raudah untuk ziarah makam nabi sbb depa malas bersesak2 n bersusah payah masuk..saya sebenaqnya kesian kat depa sebab bukan depa sebenaqnya yg xmau jumpa nabi tp sebab nabi yg xmau jumpa depa tu la depa xtermasuk pun raudah tu” .. 

sedih aku tu mcm berganda2, aku dok pkiaq ada dosa apa2 ka yg mnyebabkan aku xdk rezeki nk masuk sedangkan dari tadi pintu tu terbukak depan mata aku tp aku xmasuk pun..nabi xmau jumpa aku ka?.. maka aku rasa terpanggil untuk buat solat sunat taubat n kena buat solat hajat supaya aku boleh jugak masuk raudah setelah jauh aku dtg semata nk jumpa nabi kat sini.



Pintu babussalam..pintu yg kalau masuk ni akan melewati makam Nabi SAW.. laki ja boleh lalu pintu ni



Setelah aku siasat punya siasat, rupanya raudah untuk ramadhan dibukak untuk wanita lepas subuh, lepas zuhur, and lepas solat terawikh.  Time solat fardu dan lain-lain waktu dibuka untuk lelaki sahaja. Aku pun tggu la smpai zuhur untuk nk masuk raudah…


seperti yg aku telah ku jangka, ianya xla semudah yg aku sangka.. kepelbagaian biodiversity, akhlak, tingkah laku dan sikap manusia mmg dpt dilihat dgn jelas la dalam masjid nabawi ni terutamana nya nk masuk raudah. Ganas betoila org arab n turki ni…taula size depa 6 kali ganda size aku pun…


pintu kayu yg nk masuk ke raudah tu depa pny ketuk n hempuk bertubi2 suruh bukak, aku rasa kalau pintu tu level biasa2 mmg dh runtuh berjuta kali dah tp ternyata pintu tu kebal n kukuh…dalam masjid nabawi mmg ada polis depa wei..untuk pmpuan ada polis pompuan yg pakai purdah la..garang dia mmg dh cukup singa dah tp golongan2 tu mmg xmakan saman wei…jerkah bahasa depa pn mmg xjalan…depa kira nk tolak org ja..pijak smpai mati pun depa xpeduli  aku rasa aih janji depa ja boleh beribadat..







Polis tu rasa ambik masa sejam lebih jugakla nk bahagi kan jemaah2 ni ikut group masing2.. untuk Malaysia, Indonesia, singapura dan brunei depa tempatkan sekali dibawah kata kunci “kumpulan bahasa melayu” dan ketahuilah tuan-tuan da puan puan bahawasanya group melayu jala yg paling elok akhlaknya, bila polis suruh duduk kami duduk, depa suruh bangun kami bangun… hat group turki, Hindustan,arab dan sebagainya tu mmg stok2 mengundang amarah polis dan org ramai.. 


hat pakai jubah hitam tula polis masjid...haa kalau nk masuk raudah cari kumpulan bahasa melayu ni la..nnt dia guide hmpa masuk

semestinya polis tu akan lepas depa2 yg ganas dulu sbb kalau dak mmg pecah dh pintu papan yg menghalang depa masuk raudah tu…dan seperti yg dijangka golongan melayu dilepaskan laaasssstt sekali sbb depa takut kami kena pijak gamaknya…

Rupa2nya melepasi pintu kayu utama bukanlah bermakna dah smpai raudah, hg kena tunggu kat dua stop dulu kira depa sekat2 perjalanan tu bg settle down skit kat raudah baru dia lepas masuk pulak.. jenuh sabaq wei tunggu… lama pulak tu,.kira kalau kata sepanjang hg tunggu nk masuk raudah tu hg baca quran mmg boleh cover 1 juz jugakla sbnaqnya… 


Bila polis masjid tu dh suruh hampa masuk sampai sini, dh boleh nmpak kubah hijau, maka ketahuilah ini stop yg terakhir sebelum hampa insyaAllah akan boleh jejak kan kaki dalam raudah

dia mmg lama perjalanan dia guys tp believe me, sgt amat terlalu berbaloi..turn aku akhirnya smpai walau dh sgt penat tunggu.. mak aku dh pesan, nk tau tu raudah ka dak tgk karpet dia.. seluruh masjid nabawi tu covered by carpet yg warna merah kecuali area raudah..raudah colour hijau wei… Oh ya xdk maknanya klau melayu ja masuk raudah tu aman damai bila sebenaqnya golongan2 ketegaq yg lain main rempuh ja ikut dan tnpa dengaq arahan or peduli org tgk separuh mati kena tolak ka apa ka..

Alhamdulillah Alhamdulillah alhamdulillahhh akhirnya Allah izinkan aku menapak kaki ke dalam Raudah yang menjadi impian semua masyarakat islam sedunia pastinya. Selangkah masuk ke raudah aku rapat ke kiri sebab makam nabi ada kat kiri.. aku kenai tu makam nabi sbb mcm pnh tgk dalam jejak rasul dulu.. wei feeling dia speechless wei.. 


Pintu kayu ni la yg aku maksudkan.. kiranya kaum hawa selalu solat fardu saf paling depan pn ialah belakang kayu ni
dari kecik dok dengaq ja nama nabi, kisah dan sejarahnya diulang2 tanpa jemu.. manusia yg sngt disanjung dan nama nya terukir indah dalam kalimah syahadah ( mmg sja mention ni)..org yg aku dok sebut2 namaya dalam tahiyat akhir setiap kali solat n yg paling utama, syafaat dia la yg aku sgt3 harapkan di akhirat kelak.. tapi hari ni aku boleh berada begitu dekat dgn sesorang yang mempunyai akhlak seindah Al-quran (ni hadith), Kekasih Allah yg mulia iaitu Nabi Muhammad.. sebak rasa wei, Alhamdulillah sgt aku ada rezeki aku boleh bagi salam dan selawat kat nabi sedekat itu wei.. 

tp yang merangut rasa terharu dan sayu hati ini adalah kerana geng2 hindustan yg aku gelar babuji babuji ni bersikap sgtlah overdramatic and annoyingly annoying tau dak… ada yg sembahyang berkiblatkan makam nabi sedangkan klau mnghadap kiblat yg betoi, makam nabi ada kat kiri.. ada yg dok meratap xmau2 doa kuat2, kacau org sgguhla.. yg paling menggugat kesabaran adalah satu babuji ni dia dok pinjam bahu aku untuk menangis, pendek kata dia mmg sangkut badan dia kat belakang badan aku mcm aku dok mengendong dia dari belakang tu haa..mana dgn org dok tolak aku kiri kanan depan belakang…aku rasa mcm useless sgt2 dok acah ckp BI dgn depa…lagi berguna aku ckp kedah ja rasa..hat dok sujud tu mmg habuan kena pijak ja dgn depa ishh.. 


masuk raudah n keluaq depa buat one way...ni way keluaq dia la..kat sini dh xsesak balik sbb dh karpet merah.

aku pun rasa mmg xdk harapan nk solat dalam raudah ni, nk angkat tangan baca doa pun tersempit xleh nk angkat… aku pun gerak dgn penuh susah payahnya la nk cuba cari sudut untuk aku angkat tangan n doa ja pun.. tiba2 mcm ada ruang untuk ak solat dalam sesak2 tu n Alhamdulillah again aku dapat peluang sembahyang hajat dengan selesanya tanpa dipijak sesapa..kalau geng2 ganas ni masuk, hampa buleh dengaq dari luaq macam bunyi org jerit2 mcm naik roller coaster tuhaa…ishh malu la depa ni ak malaih nk kata apa..


tempat watlek watpis yg best pada puko 1-2 pagi

family ak yg dh pernah mai umrah dalam bukan bulan ramadhan kata raudah mmg sentiasa sesak tp mai bulan ramadhan ni sesak di amcm 10 kali ganda.. abg aku dulu Berjaya bnyk kali masuk raudah tp mai kali ni p bulan ramadhan sekali pun xbrjaya masuk sbb laki lagi hard core depa pny sesak dan teknik rempuhan tu… xpaham aku depa ni kalau masuk ikut turn elok2 n xbuat kacau bilau kan lagi mudah smua org masuk n berdoa.. 


Directly bawah kubah hijau tu la makam insan teragung, Nabi Muhammad

Selama 4 hari tu Alhamdulillah aku Berjaya masuk raudah 3 kali.. dan setiap hari aku cari cara strategic untuk masuk tanpa menunggu lama…yakni, lepas sembahyang fardu hampa xyh dok start beratuq tunggu dulu sbb tau dah golongan melayu akan masuk last skali, hampa p buat bnyk bnda dulu pun dan aihh..2-3 jam kemudian baru masuk, but make sure hampa kena mai sebelum pintu kayu layer kedua tu xtertutup lagi,..kalau dak hmpa mmg dh terlepas untuk masuk sesi yg tu la..klau hmpa nk masuk raudah after terawikh yg hbs pkol 1130 tu, hampa actually buleh p makan nasik arab dulu, pkoi 2 pagi nnt mai balik pn kaum melayu xmasuk lagi raudah..hmpa boleh join beratoq dgn depa pkoi 2 tu..


Sis baru survived daripada dipijak2 org...nunnn di hujung sana tu la lokasinya


tidak seperti mutawif2 normal yg lain, mutawif kami ni lebih kepada parasite yg xbuat apa2.. mutawif ni mcm ketua la dia kena monitor jemaah2 dia n bila naik bas p melawat tempat2 bersejarah tu dia la kena cerita sejarah2, dia jugakla yg kena bawak kami p berjalan2 kat nabawi tu sebenaqnya.. tp tidak berlaku pada mutawif kami yg diberi nama Halim.. 


Masjid ni bnyk gila gate..more than 20 gates...kalau nk balik hotel aku kena hapai nmbor gate supaya xsesat

dalam bas masa melawat kawasan2 tu dia senyap sunyi xdk terasa nk pegang mikrofon lansung!.. apa sebijik sejarah pn dia xhabaq lansung…yang menariknya lokasi pertama kami ialah p bukit Uhud.. aku pun secara jujurnya agak buta sejarah islam jugak tp Alhamdulillah la belajaq la jugak skit2 masa kat sekolah dulu..


aku yakin lukisan kat dinding ni dok cita pasai sejarah uhud tp malangnya aku xpaham bahasa arab
aku tau bukit uhud ni sgt gah dan hebat dia pada sejarah islam..ofkos setiap butir tanah kat bukit uhud menjadi saksi pada perang kedua umat islam menentang org quraisy iaitu perang uhud ( perang pertama is perang badar yg umat islam hanya 313 org tp kita menang besaq tu haaa)…

yg menariknya mutawif tu kata “ ok kita dh smpai kat bukit uhud, xdk apa sgt kat sini, so dalam 15 minit dh la naik balik atas bas” dan menariknya dia xturun pun bas sebab panas gamaknya…maka seperti biasa berkecamuk la Jemaah kesana sini, xtersusun dan terkawal, tidak mcm agensi lain.. kita abaikan mutawif yg sekupang xguna tu buat sementara waktu..









banyakla dia punya bukit uhud tu xdak apa.. dia xtau ka bukit uhud ni dijanjikan syurga! Ishh geram aku

"Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga" (H.R. Bukhari).

aku tiba2 rasa jelous jugak la dengan bukit uhud ni sbb dia dh confirm akan ada dalam syurga nnt.. aku ni xtentu lokasi lagi di alam sana kelak,. Harap2nya tanah yg aku pijak masa berdoa kat sana akan again dipijak oleh aku masa memanjatkan syukur di dalam syurga kelak aminnn..



belakang tu la banjaran Uhud 


bukan sekadar dijanjikan syurga, bukit uhud ni jugak mencintai dan dicintai oleh nabi wei..

“Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya.”
(HR Al-Bukhari dan Muslim)



dekat kaki bukit uhud tu ada terdapat makam para syuhada yg gugur syahid semasa perang uhud.. 70 org kesemuanya.. dalam aku dok depan perkuburan para syuhada tu ak dok dengaq ada geng Jemaah lain kat sebelah aku tu, mutawif dia dok bagi briefing  itu ini, cara nk bg salam kat para syuhada n ak dengaq dia kata, jenazah saidina hamzah juga disemadikan kt sini lah… ak macam wahhhhhhhhh ni la makan saidina hamzah, alhamdulillah dptla jugak info walaupun dari mutawif org lain.. mutawif aku? Tdoq dalam bas gamaknya…


disebabkan panas terik ya amat dan aku juga berpuasa tetiba aku terbayang mcm mana la depa perang badar dulu..dhla posa dah tu panas mcm ni pulak dah... tp tempat ni perang uhud la bukan perang badar, hmpa jgn konpius


aku tau kita kalah perang uhud sebab geng memanah xingt pesan nabi bahawasanya depa jgn turun dari bukit memanah tu walaupun islam dah menang.. kumpulan memanah diketuai oleh saidina hamzah yg umum ketahui sgt hebat skill memanahnya tu..akan tetapi depa hat atas bukit tu Nampak ghanimah  yakni harta rampasan perang (ni silibus pendidikan islam SPM hampa jgn buat lupa!).. bila depa start turun tu tentera quraisy terus serang depa.. kes tu la islam kalah dalam perang kali ni… 

Lepas perang ofkos keadaan sayu ja sbb terbaring para2 syuhada dan  masa depa dok tgk smua syuhada, mai kat saidina hamzah nabi mmg terkedu dan teruih menangis sbb jenazah hamzah diperlakukan dengan begitu kejam.. beliau dibunuh oleh wahsyi yg bunuh sbb tuan dia kata “ klau hg bunuh hamzah hg bebas” maka dia pun mmg dok target siap dh nk  bunuh masa perang tu, tp org yg mmg berdendam dgn saidina hamzah tu nma dia hendon.. dia belah dada saidina hamzah n makan jantung beliau.. tp dia xleh telan lalu dia luahkan semula..mcm2 lagi la depa buat dgn jasad hamzah smpai jasad dia dh mcm xsempurna lagi..




boleh imagine dak apa nabi rasa bila tgk saidaina hamzah yg usia dia lebih kurang dgn nabi, saudara susuan nabi, teman sepermainan nabi n kawan yg mmg kamceng hbs la akhirnya dalam keadaan mcm tu..nabi sememangnya sedih dan sgt marah n Allah bawak turun ayat ni

“Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesunggguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar” 
(An nahlu ayat 126)

walaupun akhirnya wahsyi yg bunuh saidina hamzah tu peluk islam tp nabi still xleh tgk muka dia sbb akan teringat kata pa yg dia bunuh kat sahabat baik nabi dulu.


belakang tu banjaran bukit uhud

nabi perintahkan ke semua 70 syuhada di makamkan kat kaki gunung uhud tu..tapi beberapa puluh tahun yg lalu, area tu hujan lebat n banjir menyebabkan affect area makan syuhada tu, makanya kerajaaan arab Saudi pun pindah kan para syuhada p kat kawasan lain yg lebih tinggi skit dan tahukah kalian masa depa nk pindahkan jenazah2 tu, darah depa masih lagi mengalir.. depa bagaikan baru ja meninggal…. Hebatnya darjat org yg mati syahid ni kan… oh ya disebabkan syahidnya mereka2 ini Allah pun bawak turun ayat ni

“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.” Ali –Imran 169

aku taula skit2 pasai sejarah perang uhud ni tp aku still perlukan org nk tunjuk itu dan ini la jugak…contohnya masa aku dok depan makan syuhada tu aku pelikla awat pakat dok solat atas satu bukit yg rendah skit tu..bukit uhud berhadapan dgn dia la..so dh sbb kalut nk kena naik bas balik ak pn xter pi la kat bukit tu..skali kak fizah kata tula bukit memanah yg nabi suruh depa stay jgn turun tp depa turun jugak tu…ak mcm laaahhhhh ni meluat ni mutawif ni patut dia la turun jalan sama2 dgn Jemaah cerita itu ini, bukan watlek watpis atas bas pastu kalut panggil org balik…ishh geram aku…
bukit kecik di hujung sana suatu ketika dahulu berdiri para2 syuhada yg berjuang dalam perang uhud..tu la bukit memanah tu


dan lebih menggeramkan aku adalah apabila sepatutya dalam jadual kami p ziarah masjid qiblatain.. ak punya la excited nk p masjid ni sbb masjid ni la yg nabi solat pastu Allah perintahkan qiblat di tukaqkan from masjid Al-aqsa (kat palestin nu) kearah kaabah kat mekah yakni kiblat kita sekarang ni la

“... Kami benarkan kamu berpaling menghadap kiblat yang kamu sukai, oleh itu halakan muka mu ke arah masjidil haram (tempat letaknya kaabah) ; dan di mana sahaja kamu berada, maka hadaplah muka mu ke arahnya....." 
(Surah Al- Bawarh ayat 144)


menariknya mutawif ni buat announcement sekali lalu ja kata hat kiri ni masjid qiblatain ambik la noh gmbaq dri atas bas…weyhh aku nmpk dinding ja wei, baru nk bukak kamere bas dh smpai mana hala dh..aku xphm apa masalah sgt mutawif aku ni….ladang kurma yg mcm xdk apa tu dia p smpai dua hari berturut2…tau la dia akan dapt komisen dari kedai tu pun tp come on la tempat sejarah berenti la lama skit cerita apa patut…ni p dok ladang kurma beli kurma berenti punyala lama..pastu balik hotel padia… lalu area perang khandak pun dia xhabaq apa2…nasib aku nmpk sign board tulis khandak ja kat situ


Ya benar, pokok kurma mmg mcm pkok kelapa sawit secara fizikal nya

disebabkan aku rasa mcm xsenang hati n rasa rugi yg amat since dh ada kat madinah tp xleh p tempat2 yg aku dok dengaq ja sejarah dia lama ni makanya aku meruntun family aku suruh bawak aku p balik tempat2 tu muehhee..ya benar kami naik teksi, gigih bayaq 50 hinggit! Sedangkan smua tu dh sepatutnya di bawa oleh agensi sbb dh ada dlm jadual.. oh ya aku pn p balik tempat2 yg tu n sempat la tgk longkang yg depa gali untuk perang khandak tu.. longkang ni idea salman al farisi ingat dak kisah ni? Klau xingt p la baca sendiri…


Dalam Masjid Qiblatain...muehehe boleh pun masuk


Hari last kat madinah kami sefamily (xmau harap mutawif yg tdoq dlm hotel tu) menziarah area perkuburan baqi’.. eh kalau aku harap mutawif tu mmg smpai sudah aku xtau wujudnya tempat nama baqi’ ni… baqi’ ni tanah perkuburan yang ada kat sebelah masjid nabawi yg menempat kebanyakkan nya ahli keluarga nabi la..


Al baqi'.. laki ja boleh masuk, aku tgk main entrance dia mcm askar ja yg jaga.. ni view dari atas bas ja



dan kat area tu juga ada main entrance masuk nabawi rupanya.. masa bukan bulan ramadhan xsemua pintu dibuka..tp bulan ramadhan ni sekecik2 pintu smpai ke sebesaq2 pintu dibuka…dan abg aku yg aku lantik sebagai mutawif secara tiba2 pun bawakla kami pusing2 area tu n tunjukla tempat2 yg aku mcm wahhhh wauuu laaa xsangka…contohnya kat corner masjid tu ada satu pintu n rupanya tu pintu rumah al arqam b arqam.. dan aku tgk raudah xjauh dri situ so mksdnya rumah2 depa sebenaqnya dekat2 ja.. masa sekolah rendah dulu ustat dok cerita nabi p berdakwah secara rahsia dekat rumah al arqam ni la..aku dk byg nabi kena jalan jauh rupanya hek elehhh dekat ja..nmpk pintu rumah abu bakar jugak..mmg dekat2 rumah depa..

Pintu mimbar Saidina Uthman
-Muzium Harramain-


tp aku boleh tengok dari jauh jala sbb laki ja boleh masuk semua tu.. tp tu pun aku dh rsa bertuah boleh berada dalam kawasan yg satu ketika dulu kat sini lah org2 yg sentiasa ada dengan nabi dlm memperkembangkan islam tinggal..kat sini perumahan depa..paham dk perasaan wahhhh tu apa?? Hampa kena paham jugak aku xkira..



xtaula apa menarik dengan ladang kurma yg kami kena p dua kali ni selain dok acah2 dgn buah kurma 

Oh ya kat masjid nabawi ni setiap kali after sembahyang fardu tu mmg akan ada sembahyang jenazah..aku memula ingatkan depa semayang jenazah mcm just smbahyang ghaib lagu tu la untuk sapa2 yg meninggal hari tu rupanya mmg ada jenazah sungguh disetiap solat fardu.. masa dok jalan2 before subuh tu aku nmpk depa bawak masuk jenazah naik mcm keta golf tu haa…dakla mayat tu terbaring la kat belakang ishh satgi hampa dok imagine dia duduk pulak…mayat tu depa xtutup muka wei n ada pintu khas masuk untuk depa…depa masuk sama pintu dengan imam kalau xsilap.. ya2 org bawak depa masuk la bukan depa masuk sendiri ishh… 


hat barrel bulat2 tu depa ayaq zam2..kira mmg xdknya nk dahaga la kalau dok dalam masjid nabawi ni sbb ayaq zam2 yg sejuk dan sedap adalah di mana2.. tp kalau dh posa tu mohon sedaq diri

cemerlang wei pengurusan masjid nabawi ni, kira nya lepas bagi salam solat fardu terus bangun smbung smbhyg jenazah sbb jenazah mmg dh get ready dh kat situ..pastu dari segi depa urus kebersihan masjid jgn kata la mmg cemerlang sgt2..wangi sedia, mop sedia, lps smbhyg magrib mmg lori smpah tgggu siap dh nk angkut sampah..


rasa mcm dh 40 minit solat magrib jemaah berakhir tp still xleh masuk pagaq lagi pun sbb org dok keluaq xhbis2..dataran kat dalam pun penuh xleh nk jalan 

ada ja aktiviti2 lain dijalankan dalam masjid tu masa bukan solat fardu contohnya adala sesi tazkirah dijalankan di satu sudut mcm best dengaq tp cita dia aku xpaham la sbb dia ckp bahasa arab.. ada jugak sudut lain ada org dok ajaq mengaji, di macam cek bacaan kita..aku try la baca fatihah rupanya fatihah yg aku dok confident ni pun ada ja salahnya…


Sebab saidina Uthman merupakan aku pny favourite sahabat nabi, maka aku rasa terpanggil nk ambik gmbaq kat pintu uthman b affan

masa bulan posa mmg org ramai gilaaaaa.. ada skali lambat skit ja wei nk p smbahyang magrib…last xleh masuk teruk..not even gate dia hat masuk dataran tu sbb org penuhh weii…sebesaq2 masjib nabawi tu still penuh dgn manusia..last kena balik solat kat hotel..


pagi terakhir sebelum meninggalkan masjid yg kini amat dirindui ni
-Masjid Nabawi, Madinah-

Meninggalkan bumi madinah pada hari ke 4 dan nk menuju ke mekah untuk menunaikan umrah..

To Be Continued....



semoga hari esok better than today, in shaa Allah

No comments:

Post a Comment

Statcounter