Wednesday, 21 June 2017

Syurga Yang Dirinduikan PART 2


Sambungan dari part 1......

aku tau aku sounds agak mangkuk hayun tp tula hakikatnya… rasa dulu pendidikan islam tingkatan 5 cemerlang kononnya tp xtau kenapa dalam otak aku ni umrah tu jalan2 melawat masjid.. tp sebenaqnya umrah tu adalah satu ibadah yg hny boleh di buat kat mekah ja, tempat lain xleh.. ,mcm ibadah posa, dhuha,solat fardu baca quran ka smua tu ibadah yg boleh dibuat kat mana2 tp tidak untuk umrah… 


aku tgk signboard ni pun excited sgguh dah
Untuk yg mungkin tau tp xjelas mcm aku sebelumnya, umrah merupakan ibadah yg melibatkan tawaf keliling kaabah sebanyak 7 kali ( kena ada wuduk, ttup aurat mcm dalam solat, pakaian smua kena bersih jgn ada najis) dan diikuti dengan saie ( jalan p balik p balik) sebanyak 7 kali dari bukit safa ke bukit marwah dan lps tu bertahlul ( gunting sekurang2nya 3 helai rambut). Dan semestinya ibadah umrah ni boleh buat kat mekah ja sebab kaabah, safa dan marwa kan ada kat mekah ja.. so disini aku baru perasan special nya ibadah umrah dan haji ni..



Cage telaga ayaq Zamzam dulu2.. lani telanga zam2 depa tutup dah..dan aku baru tau telaga zam2 rupanya dekat depan kaabah ja
- Muzium Haramain-


“Jika Ramadhan tiba, berumrahlah saat itu karena umrah Ramadhan senilai dengan haji” dan Sesungguhnya umrah di bulan Ramadhan seperti berhaji bersamaku” 

(HR. Bukhari dan Muslim)


Hadith di atas menjawab persoalan aku awatla bulan posa ramai sangatlah masjidil haram ni.. rupanya ada hadith ni…wei sapa xmau wei ganjaran mcm buat haji bersama nabi Muhammad pulak tu… besaq sgguh ganjaran dia rupanya..wei feeling first time tgk kaabah tu xterucap wei tp aku mcm xsempat nk terkesima lama2 sbb aku dalam ihram n kena cpt2 siapkan umrah aku supaya aku boleh bertahalul dan bebas dari ihram

Baru aku perasan ni ja the only gmbaq aku dgn kaabah..sbb xdan nk ambik org pack sgt2.. ni time solat terawikh n tawaf still going on kat bawah tu
- Masjidil Haram-

Alhamdulillah la ingatan aku pasai ihram masih segar dalam ingatan hasil daripada pembelajaran masa form4 dulu2.. untuk buat umrah, kita kena berada dalam ihram.. ihram ni bermula bila kita start berniat nk berihram smpaila kita selesai bertahalul yg potong rambut tu.. ikut hg la klau hg rasa nk dok dalam ihram lama2 boleh la lengah2 kan nk p tawaf n saei.. 

tp kalau mcm aku, nk segera selesaikan umrah supaya boleh keluaq dari ihram sbb aku rasa mcm agak susah nk jga larangan dalam ihram ni.. antaranya xleh pakai wangi2an kan, aku nk cuci muka pun leh la cita dia, shampoo smua xleh… dan paling aku susah nk jaga ialah rambut xleh luruh kalau dak, kena bayaq dam (ni pun silibus form 5! Dam tu bayaran kena bayaq kalau buat larangan dalam ihram..sehelai rambut rm5 kalau xsilap aku).. so makanya aku mmg xpegang rambut takut terluruhkan sehelai dua, kalau bangun tdoq pun mmg xmau kalih tgk bantai satgi kalau trnmpk rambut aku kena bayaq dam pulak mueheh… 

kiranya jangka masa ihram ni bergantung pada hampa sndri la.. kalau kata hmpa niat ihram pagi tu, pastu terus p tawaf n saei smua smpai bertahalul maknanya hampa dlm ihram xsampai sehari pun la..aku nk jga larangan ihram dalam sehari pun rasa boleh tahan susahla jugak dok imagine cemana la org buat haji noh…oh ya kalau laki lagi la, xleh pakai pakaian berjahit oii…



Masa kami memula smpai madinah mutawif tu kutip passport kmi smua sbb kena serah kat reception hotel (aku smpai skrg xphm apa fungsi bg kat hotel sbnaqnya tp dh mmg mcm tu kena buat), so sebelum bertolak ke madinah mutawif tu ambik la passport dri hotel tu n dalam bas baru dia kalut cek brapa passport dia ada n nmpknya xcukup satu passport.. cek pny cek ada satu bdk ni passport dia xdak.. mmg akan sangkut satu bas la cita dia.. rupa2nya bdk tu xbg passport dia kt mutawif tu pun since mula2 smpai madinah lagi..ini membuktikan masa memula smpai mutawif xkira passport, sebelum bg kat hotel dia xkira n setelah ambik dari hotel pn dia xkira..atas bas baru dia nk kira… aku mampu berhuhuhu jla dgn mutawif ni..passport kot weyhh buat lebih kurang.

Dari madinah ke mekah naik bas 6 jam lebih la jugak..tu naik bas, aku xtau la betapa susahnya nabi berhijrah dari mekah p madinah tu mcm mana, sememangnya baginda bukanlah naik bas mahupun flight kan…fuhh…


Ni depan hotel..jalan depan2 sikit dah smpai masjidil haram muehehe
- Mekah-
tempat nk niat ihram dipanggil miqat dan miqat kami yg dari madinah nk masuk mekah ni ialah diberi nama Bir Ali…ni miqat nabi dok niat dulu..yg menariknya mutawif yg kami sayangi ni xbgi kami turun pun kat bir ali ni..dia suruh niat atas bas ja…5 minit ja dia jalan..xsempat2 aku nk feel the moment aih…salunya org lain turun dulu kat bir ali sembahyang sunat ka apa patut.. dhla xajaq org cara niat, patut mutawif lead la, bukan smua org dalam bas tu tau cara buat umrah.. 


Bukit Thur: yg menjadi saksi setiannya abu bakar kepada baginda dalam proses penghijrahan nabi dari mekah ke madina..alaa konfirm hampa ingt kisah nabi n abu bakar duduk dalam gua thur yg abu bakar guna kaki dia untuk tutup lubang ular n nabi tidoq atas riba abu bakar tu...

nasib baikla since dalam hotel madinah kak fizah dh habaq bahawasanya aku ni kena niat bersyarat… kalau harap kat mutawif tu puihh…bas dh jalan keluaq dari miqat time tu pastu ada satu kak ni suruh suami dia p habaq kat mutawif suruh ajaq niat bersyarat jugak…mutawif tu buat xtau ja pastu dia mcm dok google..dh tu bas dh smpai mana hala dh baru dia mcm “ oh ya untuk kaum wanita kena niat bersyarat, niat bersyarat mcm ni......” aku mcm ishh laaa nk ja aku tny buleh lagi ka berniat kat sini..dia tu sendiri xtau punca mana tanah haram mana tanah halal..kalau tny dia pun dia kata xtau…

Info tambahan: mekah n madinah ada tanah haram n tanah halal.. kalau nk niat buat umrah iaitu nk berada dalam ihram kena niat kat tanah halal.. once dh masuk tanah haram xleh niat dh… area2 masjidil haram tu confirm dhla tanah haram tp ada area2 radius dengannya juga adalah tanah haram..

Ni dekat tanaim, salah satu miqat iaitu tempat berniat la..hujung tembok tu dh masuk tanah haram so xleh niat..hampa kena niat before tu

niat bersyarat ni untuk org pmpuan sbb kalau la tiba2 dalam ihram dia didatangi uzur syari’ iaitu haid maka dia xleh la masuk masjidilharam n dia xleh tawaf maka dia akan berada dalam ihram smpaila dia kembali suci dan selesaikan umrah..tp masalahnya kita kan bukan menetap kat situ, so kalau kata dia xkembali suci smpai kena balik Malaysia, mknanya dia still dalam ihram..kira kalau kata dia balik Malaysia nikah xsahh ooo sbb antara larangan dalam ihram is xboleh menikah.. oleh itu, pentingnya niat ihram bersyarat ni sbb niat dia kat hujung tu berbunyi

 “ jika aku didatangi uzur syarie maka terbebaslah aku dari ihram” 

mcm tu la lbih kurang.. maka aku benar2 geram dgn mutawif ni sbb sgtlah penting niat bersyarat ni n xsmua org tau pun.. dia la kena habaq bnda ni..naya oo org nnt.. nasib baik aku kak fizah dh habaq..org lain hat xtau cemana? aishh



Cik biah direct asal nk ambik gambaq ja nak buat2 tgk kot lain.. 


Lepas terawikh tu kami start buat umrah.. tp mcm besa la sepatutnya mutawif tu la guide buat smua org buat umrah since tu umrah pertama dalam Jemaah kami.. tp dia kata “ hat family yg dh tau cara buat umrah dan dah pernah buat umrah bolehla p sendri2 na” maka begitulah konsep lepas tangan dia…aku xtau la apa fungsi dia sbnaqnya selain tdoq dlm bas.. seperti yg aku dh dpat aura.. ibadah umrah ni boleh tahan berat jugakla…aku xtau kot aku ja yg rasa lagu tu.. masa tawaf tu bahu kena perpendicular dengan kaabah rupanya, aku ingatkan jalan ja ikut dan as long as anticlockwise direction.. 


Bukit Thur: aku tgk  ja pun dah rasa penat nk panjang dgn panas teriknya..cekalnya nabi n saidina abu bakar go through bukit ni masa berhijrah

pastu aku dok bayang tawaf mcm dok sembahyang yakni xleh nk cakap ka apa rupanya boleh la nk cakap skit2.. tp requirement tawaf mmg mcm solat gkla yakni kena ada wuduk, menutup aurat, kalau wuduk terbatai mmg hg kena keluaq p ambik ayaq smbhyg lain la..aku dok bayang 7kali tawaf tu lama sgguhla aku dok risau ayaq sembayang batai nk keluaq pastu aku dok sesat pulak.. tp Alhamdulillah xdk seperti yg aku bayangkan..org tolak2 tu besa la, stok2 manusia wrong way pun ada tp sbb aku cuak umrah ak xsempurna maka aku xsempat la nk peduli org sgt..tp ada la moment2 nk tegelak tu sbb ada makhluk2 aneh tp aku segera batalkan niat aku dan kembali pada misi…


Depa kata atas bukit belakang tu istana king2 kat arab saudi



Sesudah selesai tawaf terus p sambung saie..kat saie dh boleh watlek watpis skit sbb xyh wuduk pun xpa..sejuk gkla kat area saie ni..sekarang dh ada 3 tingkat saei wei..tawaf pun sama la ada 3 tingkat n xsilap aku kat rooftop pn depa tawaf gk tp masa aku p semua level full gila..mmg sesak la pendek kata.. lepas hbis 7 kali jalan p balik antara safa dan marwa maka guntingla rambut aku skit dan dengan itu selesailah ibadah umrah ku Alhamdulillah dan terbebaslah aku dari ihram dan aku boleh balik shampoo..


Dalam masjidil haram ada library u olss...tp time aku dia xbagi masuk sbb utk pompuan depa bukak hari khamis lps terawikh sob2
- Masjidil Haram, Mekah-



Aku mula2 ingat yg umrah ni buat skali tu ja..rupanya yg sekali tu wajib yg lepas2 tu sunat..kiranya selama aku ada kat mekah maka hari2 aku boleh buat umrah la, ya benar hari2 aku dalam ihram di siang hari..  disebabkan aku tau yg ganjaran buat umrah dlm bln rmadhan adalah sgt besaq maka aku pn xlepaskan peluang keemasan ini.. baguihnya agensi ni, dia sediakan bas p miqat hari2 untuk sesapa yg nk berniat ihram dan mngerjakan umrah pada hari tu…agensi ni mmg ok smua nya masalah mutawif tu la x tau depa import dari planet mana kita xpasti.. 


Dalam masjidil haram.. sini sejuk sbb  ada aircond hehe

rasa mcm xsangka pulak aku boleh p tempat2 miqat yg masa form 4 dulu dok hapai nama dia ja dgn fadzlin untuk subjek pendidikan islam dulu..ustaz manzur harus bangga bahawasanya aku ingt jenis2 miqat dan nama2 miqat yg dia ajaq…antara miqat yg kami p ialah jaranah, hudaibiyah and tanaim..


Teringat zaman dok hapai nama2 tempat untuk org buat haji ni zaman form 4 dulu.. rasa teruja tengok nama2 ni kat signboard
agensi ni time kami tu ada dua team, kami team B la pendek kata..team A mutawif lain Team B mutawif lain..aku tgk Team A tu bahagia gila mutawif depa cerita itu dan ini..pastu masa dok miqat kat hudaibiyah aku expect la mutawif kesayangan aku tu cerita la skit pasai perjanjian hudaibiyah tp malangnya tidak dan ttba mutawif team A yg mai dok dlm bas kami pegangg mikrofon n cerita..dan mutawif kami,  dia tidoq








Second last day aku kat mekah aku barula perasan yg aku mmg xberkesempatan lagi nk masuk hijir ismail dan pgg kaabah pun disebabkan org terlalu ramai n berpusu2..aku sure pny klau aku tunggu hari teduh sikit yakni lepas terawikh or masa terawikh mmg org akan ramai gila,..maka aku redha la redah panasnya teruk mentari pada zuhur hari seorang diri untuk p jugak nk doa dalam hijir ismail ( mcm ada semi bulat kat tepi kaabah tu) dan sememangnya aku dah ready nk kena tolak pijak dan sebagainya…aku nk pegang kaabah ja weyhh haaa…dengan panas terik dan panas yg bahang dan menyengat.. baju aku mmg kering kontang yg rapuh tu tau dk sbb panas sngt..


banjiran manusia.. yg belah kiri yg mcm semi bulat tu la hijir ismail

Target aku nk p solat dalam hijir  ismail sbnaqnya tp tgk keadaan mcm aku nk masuk pn mcm xdk cahaya dah sbb nk p rapat dgn kaabah pun ya allahhhh mmg xdk harapan tp ada hikmah jugakla aku ni kecik dan comel nk compare dgn org lain maka senang aku menyelinap.. Alhamdulillah aku sndri xphm mcm mna akhirnya aku termasuk jugak dalam hijir ismail ni.. pnyla sesak dalam tu smpai aku kena kerap jengketkan kaki aku sbb nk oksigen wei almaklumla ketinggian aku xmembenarkan aku dpt udara segar dlm ramai2 org tu.. dan beberapa kali dengan malangnya udara segar yg aku cuba hidu tu xle sesegar mana bila aku termendarat bawah ketiak org masa aku nk dapatkan udara tu..ketahuilah aku dok mintak simpati org dgn ayaq mata ja weyhh haha..
-Muzium Harramain, mekah-


aku xtau aku sebenanqya termenangis sbb terharu berjaya dekat dgn kaabah n brdiri dlm hijir ismail ka or sbb aku sebenaqnya takut org smua ganas2 belaka..ntah mai dari planet mana xtaula ada seorang mamat mat salleh ni dia la dok cover aku, aku rasa mngkin sbb dalam ramai2 dalam tu mmg kami dua org ja beradab skit so dia rasa terpanggil la nk halang org dri tolak aku.. tba2 rasa nk buat novel “cintaku luruh di depan kaabah’ pulak tiba2… k2 dak2 jodohku menanti di Malaysia aku yakin..


kira aku dok doa lama2 tu bro tu la dok jaga aku.. seperti biasa yg sering menganggu aku dok doa ni mmg la geng2 babuji hindustan…laaaa ehh aku dok doa kot hoii dia boleh kibas tangan dia acah2 cepuk aku gitu la sbb nk suruh bg ruang anak dia solat..dia ingat dia sorang ja boleh speaking Hindustan ka..nasib baik depan kaabah ja aku cuba jaga akhlak aku, tu pun kdg xterkawal jugakla dgn geng2 babuji ni aku xtaula apa masalah depa..nk ambik ayaq sembahyang pn mmg xmau beratoq wei..bygkan kita dok basuh muka depa mai sua tangan nk basuh tangan satgi kita smbung basuh tangan depa kalut nk basuh kaki..kira depa amalkan konsep share paip utk ambik wuduk dlm masa yg sama..apa salah bgi aku hbs dulu ambik bg hbs satgi hg ambik la bkn ramai org pun..tu xmasuk isu depa berebut nk duduk dalam saf.. wei kiri kanan tu saf kosong tau dak. Aku rasa part babuji aku kena buat novel asing teruih untk depa..tp kesimpulannya 2 minggu aku hadap depa ni mmg mnyebabkan aku trauma teruih wei nk tgk cita Hindustan..klau naik flight xpernah xtgk cita Hindustan…lps blik mekah, ak rasa aku wajib puasa dari tgk cita2 hindustan buat sementara waktu…

Jabal Ar rahmah : tempat di mana adam dan hawa kembali bertemu setelah terpisah selepas kena keluar dari syurga..oh ya doa2 yg berkaitan jodoh yg dikirim oleh rakan2 telah aku bacakan disini jgn risau

 #SisPaham #SisMenjalankanApaYangDisuruh

ok berbalik kepada misi aku nk pegang kaabah..time dok doa kat hijir ismail tu adala pulak satu makhluk ni mai solat depan aku yg menariknya kiblat dia salah..ak dok pkiaq la dalam hati ishlaa minah ni kaabah betoi2 depan muka pun hg boleh dok salah kiblat lagi noh.. aku pun pusingkan la badan dia bgi dia betoi dgn kiblat tp dh balik mlysia ni ak adala terbaca somewhere yg hjir ismail is a part of kaabah, solat dalamnya bagaikan solat dalam kaabah makanya kiblat could be anywhere dlm hjir ismail tu…hat tu aku xsure la wallahualam… 

lps doa aku pun kluaq la dgn susah payahnya dri situ dan aku just cuba nk pgg kaabah ja…jenuh aku pusing la selari dgn org dok tawaf..dan akhirnya Alhamdulillah aku Berjaya pegang dgn satu sudut kaabah yg diberi nama rukun yamani..sini pun tmpat mustajab doa..aku ingatkan kelambu kaabah hitam kosong, rupanya ada corak2 jugak wei, p dekat baru nmpk mcm depa sulam nma Allah bnyk2.. wangi, kain baldu.. 

dalam aku dok pegang tu mcm besa la org tolak2 smpaila aku xperasan yg depa dh tolak aku masuk area hajarul aswad..ya benar area ni la ada yg org klau tersadung n jatuh berkemungkinan mati kena pijak wei.. aku memula pelik awat org2 laki mcm smpai terangkat2 kat dinding kaabah…pastu tahap ganasnya org laki tu mcm berganda2..wei ganas2 org melayu ganas lagi org arab turki dan lain2 tu wei… gila gerun..aku try undoq tp dh org dok tolak pi towards sana apa boleh buat selain drama ayaq mata aku lagi skali.. 


Org arab bawak keta ganas sungguh la...keta depa semua kemek yg teruk2 punya,.dalam dok dalam bas ak dok tgk ada yg langgaq tiang mcm xdk sebab..n ni lagi sebiji dok xdok mendarat dalam longkang

surprisingly, mat salleh tu pun mgkin dia antara yg tertolak sama naik dgn aku muncul lagi n again dia loloskan aku dari ruangan tu n aku smpai dekat another tempat yg jugak sangat mustajab doa nya..ya benar ianya multazam iaitu area antara hajarul aswad n pintu kaabah.. keinginan aku mendekati multazam terlalu membuak2 smpai aku xperasan yg tahap ganasnya manusia kat stu mcm kurang skit ja dari dekat hajarul aswad tu..

aku mmg dh nk smpai wei..kira kalau mamat depan aku hbs baca doa mmg aku la ambik tempat dia dpn2 pintu kaabah tu pastu aku dok dgaq 2-3 org laki dok marah aku dlm mcm2 bahasa yg ofkos la aku xpaham,..tp last ada satu dadaji ni dok ckp Hindustan dgn aku n menariknya aku paham smua yg dia cakap..dia merayu aku keluaq dari area tu sbb dia kata bahaya untuk pmpuan.. dan lebih menarik ak reply ckp dadaji tu juga dalam bahasa Hindustan dgn pnuh confidentnya..aku pun xtau mcm mna ak tau smua pkataan aku sebut tu..aku pun akur n slowly p dok kat makam Ibrahim n doa kat situ..

walaupun sememangnya muka aku hitam burnt disebabkan panas yg terlampau n aku balik2 tu demam teruih dan aku juga dah ready balik hotel kena marah ngn kaum kerabat sbb p cari bahaya lagu tu tp alhamdulillah Alhamdulillah aku rasa seronok n puas sgt dapat berdoa semuanya kat Allah sedekat itu dgn kaabah.. Allahmdulillah.. 


Case hajarul aswad dulu2
- Muzium Harramain, Mekah-

Hari pulang ke Malaysia akhirnya tiba dan mutawif ni again menyakitkan hati ramai pihak di mana, dia kutip duit sorang 20 hinggit untuk beg bgi bangla angkat beg kat airport .walau aku xnmpk apa relevan nya nk suruh org angkat beg kat airport tp malaih nk bunyi bnyk n 5 riyal katanya untuk bayaq bas yg nk bawak p laut merah sebelum p airport( tempat tambahan yg xdk dalam jadual)..

kira p kira mai duit beg yg dikutip adala dalam 800 riyal utk handle beg sahaja.. dsebabkan abg aku boleh ckp arab maka dia dok sembng2 dgn drebar tu n tahukah anda, abg aku tny drebar bas tu depa bayaq tambahan ka utk mai sni..dia kata dak pun, byaq p airport ja dan lebih menarik sejurus selepas smpai airport tu mutawif ni terkantoi teruk sbb abg aku dok belakang dia n dia ckp kat bangla tu 200 riyal utk beg kan, makanya balance 600 riyal lagi xtau la p mna..pastu dia nk mengamuk sbb dh kantoi kat airport..


Jabal al Rahmah

wei dia tinggai Jemaah tengah2 panas kat airpot tu sbb flight lmbt lagi,..jemaah kami ada baby 2bulan, ada org tua atas wheelchair tp mananya dia nk peduli..dia p duduk dalam aircond lek ja kt departure hall..sbb flight kami naik kat terminal tabung haji so departure hall dia bkn mcm KLIA yg smua org boleh watlek watpis dok dlm aircond.. smua pakat kena jemoq tgh panas..kami smpai pkoi 11 pagi mcm tu (panas gila dh oii) flight kami pkoi 840 malam..bygla nk tggu lama mna smpai ada few family snggup check in hotel byaq 500 riyal..


oh ya sebab utama dia suruh bayaq 5 riyal sorang tu sbb nk dok masjid terapung lama2 sbb xmau la smpai airport awai sgt tp dh smpai kat masjid tu dia kata dok sat dh la sini kita p airport awai..nk check in flight pn dia xreti wei..aku xpaham bahrul mahzi dapat mana mutawif ni, aku rasa bdk form 1 dalam Jemaah kami tu lagi baguih jd mutawif.. 


Laut merah yg pernah suatu ketika dahulu nabi musa membelahnya dang menenggelamkan firaun..laut ni menghubungkan mesir dan jordan jua

oh ya berkenaan dengan beg, bangla2 tolak beg sat ja last2 jemaah jugak yg handle beg tu smua wei.. aku xtau mutawif ni jenama apa la aihh..dia mmg punca utama aku dok hilang pahala posa aku..fuhh k2 abaikan dia



aku syak mazaia mall ni mcm amanjaya mall depa la rasa
- madinah-

Oh ya semua doa2 yg org2 kirimkan kat aku telah aku bacakan depan kaabah dan dalam masjid nabawi sebaik yg aku mampu.. salam2 yang dikirimkan kepada Nabi Muhammad SAW, para sahabat, penghuni2 baqi’ dan para syuhada telah aku kirimkan dengan menyebut salam dan nama kalian.





Kalau dulu aku ada impian nk kumpul duit nk balik UK sbb kerinduan kat UK sgtlah membuak2 dan kalau dulu org tny tmpat apa yg plg best aku penah p n aku recommend org p, aku akan jawab Switzerland.. tp skrg bgi aku tempat yg sngt aku nk kembali n aku nk seru org ramai2 suruh p ialah masjidil haram dan masjid nabawi..

Sekian penceritaan untuk hari ni..selamat berjuang mengejar pahala2 di hujung2 bulan ramadhan yg bakal berakhir ini..


selamat hari raya jugakla diucapkn :D
  

semoga hari esok better than today, in shaa Allah

No comments:

Post a Comment

Statcounter