Sunday, 3 July 2016

Mengesot Menuju Graduation



Ini kisah seorang bdk undergraduate yg hampir di buang University di Tahun pertamanya  dan alhamdulillah akhirnya dia Berjaya memegang segulung Ijazah. Ya benar, ini hanyalah degree, mngkin org yg ada phd/master/postdoc etc2 akan kata, xyah poyo sgt lah takat degree… tp biaq p kat aku la aku nk buat syok sat... dulu masa aku darjah 6 pun aku rasa UPSR tu susah…sama la konsep dgn degree aku skrg ni kan muehehe..mungkin juga akan kata aku bersikap riak, ujub dan takabur..mintak maap la klau hat tu sbb niat aku mmg nk kongsi kesengsaraan aku ja hehe...

 
Baju ni mak jahit 9 bulan yg lalu untuk graduation, asal bukak almari ja usap2 baju ni dengan harapan akan graduate, 
 
Umum mengetahui bahawa English aku ni sangatlah sampah sarap sekali…bukan sekali sgtlah sebenaqnya tp mcm dua tiga kali jugak…aku masuk kelas tu mmg mcm tgk cerita org putih tanpa subtitles. Aku termenung ja sbb mmg xpaham sepatah apa…

aku pun mcm xpaham sgt cemana nk study kat university nih..dulu buat A-level mcm SPM ja lebih kurang cara study dia… mana nk paham syllabus lagi, mana nk paham bahasa lagi, mana nk get used to the environment bagai lagi. 

Assignment aku semua ke laut china selatan n exam winter aku pun mmg ke pergunungan Himalaya. Markah aku semua mcm rata2 20%-30%... pendek kata failed la konsep dia aih, xyah nak rata2 sgtlah.. aku kena paggil masuk bilik pengetua dok kena bagitau sebab pasaipa result aku lagu tu pny teruk.. aku pun habaq la pasai English blablabla.. aku cuba la study tp still mcm apala yang sebenaqnya aku kena tau dari lecture ni…research paper/ journal /article yg aku baca satu line pastu kena google maksud dy…baca lagi pastu xpaham lagi…jenuhla lagu tu…mat salleh baca laju ja, aku pulak baca satu perenggan pun slow mcm kura2 naik kerusi roda ja aku rasa… 

Ni depa dok couple2 kan kami ikut surname supaya boleh jalan dua2 masuk cathedral nnt,,



final exam akhirnya menjelang tiba..aku xtau pun apa aku jawab, soalan dia tny tu mcm ehlaaa bila masa aku belajaq tak tau…Ada org complain yg awat soalan susah sgt2 nih, pastu lecturer boleh jawab “ you cannot expect a top 5 university kat UK mcm Durham ni nk bg soalan senang2”… aku mmg dh smpai tahap meluat la aih dengaq perkataan top 5 tu n aku rasa mcm awatla aku apply durhamuddin nihhh hishhhh.



sampai detik ni aku xpaham awat design robe durhamuddin lagu ni


Result tahun pertama keluaq sehari sebelum aku balik Malaysia… aku gagal dua subjects..subject lain cukup makan ja habuan nk sara anak bini… cerita dia dua subject gagal tu mmg 1-2 markah lagi ja wei nk lulus!!!!

dan disebabkan dua subjek yg gagal ni, aku xboleh proceed year..aku punyala homesick tahun pertama tu n sgtlah excited sekali nk balik Malaysia. Tetiba sehari sebelum balik dapat tau aku xboleh sambung pengajian kat Durham…aku ada peluang repeat paper tu balik…sebab aku cek result tu aku dah ada kat London, aku xbawak la nota2 nk balik study… perit rasanya mengenangkan bdk2 lain balik Malaysia bercuti 3 bulan dengan girangnya sementara aku kena telan pahitnya hakikat aku kena study.. bukan takat study, aku kena buat assignment jugak…


Paksa mak buat2 gelak dan paksa kaklong tiub belon kat tepi supaya ada effect belon dalam gambaq


Kalau repeat kat durham, free ja xkena bayaq..disebabkan aku repeat kat British Council Malaysia, aku kena bayaq dalam Rm2000 jugaklah…memang terketaq2 jugala sua duit kat depa masa nk bayaq tu.. Rm2000 tu buleh buat mcm2 kot… mana stress xlepas proceed year, kena study time cuti summer, raya n posa pun xtenang, mana kena bok kluaq duit beribu pulak..

sebab aku xboleh focus kalau study kat rumah, maka aku pun pila library UITM Merbok utk study.. menariknya aku tgk kehidupan bdk IPTA… depa cakap melayu, senang nk bincang apa2… aku cuba la study tp masih xpaham, study sambil menangis adalah moment aku xbrapa gemari sgt sbb dia akan buat aku bertambah mengantuk… 

mamat ni satu asrama dengan aku dan suka kutuk ketinggian aku..malangnya aku kena kapel dengan dia sepanjang hari graduasi n ofkos kena bahan sebab pendek

Aku rasa lecturer aku kejam, hanya kerana xcukup satu markah aku merana sepanjang summer break aku… Betapa aku xpernah rasa putus asa mcm tu selama ak hidup ni… Alhamdulillah family ak jenis rilek ja klau aku failed ka apa depa akn gelak ja n melawak2 n kata sambung jala kat Malaysia kalau xmau balik UK. Masa aku xmau jadi dokter pun depa mcm, ok xpa jadi cikgu pun best… bila aku failed kat taylors mungkin xleh fly depa kata, UK xbest aih, study Malaysia pun ok aih….Tp pada masa yg sama ak tau aku akn mngecewakan mereka, dan apa la org sekeliling akan pikiaq kalau ak xbalik UK untuk sambung tahun kedua kan…

Tapi aku akhirnya yakin dan pasti even ak bayaq 2ribu n aku study sehabis daya, aku tetap akan failed jugak, buang duit n buang masa… so ak decided nk berenti blajaq kat durham…aku mmg xmau balik UK dah!

 aku nampak mcm bekas simpan blackpaper and salt atas meja restaurant tu, aku tau

lalu aku hantaq email kat MOE kata aku xmau balik UK, aku nk sambung degree dalam Malaysia, kat maktab perguruan.. aku pun hantaq email kat durham kat academic advisor ak kat durham nu…seperti aku dah jangka, MOE mmg sekeras2nya reject permohonan aku, dia kata xpa, klau kata aku kena repeat year sekali pun, depa akan taja aku…waaaa terharu la sis rasa.. Advisor kat durham pun karang email panjang bukan main punya pujuk aku supaya try jugak study sebaik mungkin, aku mesti boleh blablablabla…


Hani dah graduate dua hari sebelum kami, so dia dah xdak jubah dah muehehhe


Disebabkan aku akhirnya sedaq yg ilmu tu sgt mahal harga nya.. bukan hny perlu dbayar dgn wang ringgit, tp jugak masa dan kesusahpayahan..aku cuba untuk terus mengesot walau pelahan sekurang2nya aku xstop bergerak..

Aku post assignment aku p UK sehari sebelum raya, kena byaq Rm80 oiii post bberapa keping kertas ja pun…gigih nk hard copy jugak durham ni pun… lps raya aku sambung study balik…. Dan 5 hari sebelum flight aku balik UK, aku dapat result Alhamdulillah aku Berjaya proceed year… Assignment aku buat tu dapat markah yg sgtlah aku xjangka…  

“ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat” (Al-Baqarah ayat 214)



Sampai hari ini aku rasa mcm mimpi boleh jejak kaki kat tempat harry potter yg aku idam-idamkan ni


Aku mulakan tahun kedua dgn azam yg baru..aku rajin gila buat nota and study..tahun kedua sgtlah sibuk n stress sekali.. aku mmg dok berkampung la kat library tu…tidoq kat library pun pernah..stay smpai tgh malam tu mmg mcm kerap sgt la aih… tp even aku buat dah sehabis baik pun, result assignment aku masih lagi 40%-ish ja.. tu level aku dah cuba sehabis baik la tu…aku ingatla aku buat drama dalam library baling2 barang smbil menangis2 smpai haiza kena tarik aku keluaq library..aku rasa aku xpernah la stress smpai tahap tu..paham dak perasaan hg dh buat sehabis baik tp result hg masih lagi di takuk yg lama??

Bersama makhluk aneh, Haiza Hanim

Aku rasa nk lulus 40 tu pun pnyala susahhhhhh…. Aku geram betoi manusia2 yg dok tweet kat twitter kata study UK senang score, 70 dah A.. 40 dah lulus dah…. 

Lampiran : contoh tweet yg sering muncul di timeline aku dikala aku terlalu stress...ya dia membuat aku makin rasa bodoh


HANGPA INGAT 40 TU PUN SENANG KA NK DAPAT! Haaa emosi la nih.. dalam aku dok rasa down kat department biology tu sensorang, aku terserempak dgn kak Fieka… dia buat PHD biochemist kat durham..dia tiba2 ja cakap, “tdi try jawab soalan exam degree, bapak susah, dulu akak degree kat Malaysia soalan xla smpai mcm tu, mcm manala korang dok jawab exam”… dia mungkin sekadar hny bercerita tp bagi aku tu la kata2 yg buat aku rasa xdown sgt and kembali bersemangat… aku teruih rasa aku ni sbnaqnya xla bodoh sgt rupanya..soalan tu yg susah… haaa gitula seorang syahadah sering memberi semangat kat diri sndri walaupun dia sndri sedaq yg hakikat sebenaq mmg dia kurang cerdik sikit.

jalan sambil menyanyi lagu let it go

aku juga pnh jumpa lecture nk tny apa salah assignment aku… ketiga2 lecturer yg aku jumpa semua berakhir dgn sesi kaunseling ja…aku dok buat drama ayaq mata pulak dalam office depa n satu kerja pulak depa nk kena pujuk aku.. paham dak stress tu apa?? Aku rasa klau org xdak iman ni mmg boleh dah bunuh diri time tu tp nauzubillah laaaa…Alhamdulillah aku ada iman walau hanya senipis kulit bawang… pada masa yg sama jugak laptop aku rosak dan menelan smua assignment yg aku nk kena submit soon. Sbb aku stress sgt aku p beli laptop baru teruih.. dan nk menambah kelazatan stress kedalam sekawah stress yg aku dok tengah gaul sebati tu, laptop yg aku baru beli xsampai sehari tu pun rosak…dia suka padam n apa ak type smua hilang and kena type balik…


Cantiknya shivani graduate pakai sareeeee...i should pakai sari jugak sebenaqnyaaaa


3 hari berturut2 aku kena p kedai laptop tu…dah la kena naik dua bijik  bas p kedai tu..aku pulak tgh running out of time dok kena  buat assignment hat hilang tu.. kedai tu pulak keja check pastu xdak rosak ap2.. bila aku bawak balik rumah dia rosak balik…crita dia mamat tu buat apa xtaula smpai hilang pulak smua assignment dlm lptop baru aku tu..ak bijak sgt xsave tempat lain…ak rasa mcm nk pengsan dlm kedai tu jugak dgq kata dia hilangkan dokumen smua n again aku hilang assignment… menangis pulak aku dalam kedai tu versi teresak2… 

Sis bangga sangat berjaya pakai kasut tinggi...rasa mcm nk amalkan nilai murni kat malaysia la nnt

hari kedua ak p balik kedai tu n nk tukaq lptop…laptop tu mmg xboleh pakai lansung paham dak.. dy mmg dok padam,..bila bawak p kedai ok pulak…sakit gila hati aku bayaq dekat £500 utk bnda yg rosak..aku xmau balik slagi xdpt lptop baru..dhla aku mmg dh dok stress, aku mmg bergaduh teruih la ak kat kedai tu smpai manager dia kluaq n tenangkan aku…again suruh aku balik..klau rosak mai balik..padiaaaaa…. esok tu mmg ak mai balik..aku record saat2 kerosakkan laptop tu n dia dok jem bagai…pastu baru dia bgi tukaq lptop…dan sbb aku bengang sgt aku mcm saya nak macbook!... akhirnya aku dapat jugak macbook hehehe…

Maka hikmahnya, aku lebih mnghargai laptop aku lps tu .. dan surprisingly, assignment2 yg aku sgt struggle untuk buat tu mndapat markah yg sgtlah mngejutkan cemerlangnya… sujud syukur xtau nk habaq la aku time tu Allah ja yg tau… aku xpernah dapat markah macam tu sepanjang kat durham

Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu ( Ali-Imran ayat 160)

Dewan tempat kami graduate


Walaupun begitu, aku masih lagi rasa aku ni sgtlah lemah kalau nk compare dgn students lain…markah aku xtinggi mana tapi bila pikiaq2 balik.. buat apa nk compare diri aku dgn orang lain... depa tu memang pandai dah.. aku ni pulak mmg dh aware la dgn keupayaan aku sndri… aku patut compare aku hari ni dengan aku yg dulu..YES! aku sedaq aku ada improvement walaupun sikit…tu pun dah cukup untuk buat aku rasa bangga dgn diri sndri..

  Allah kan dah kata

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri,” (Ar-Ra’d ayat 11).


jadi ini bermaksud, usaha itu penting seiringan dgn doa...perasaan putus asa tu mmg kena lempaq jeuh2

if matsalleh usaha sekali, aku kena usaha 10 kali ganda.. ya benar depa dok clubbing malam2, p kls tidoq, main banyak tp bila exam smua perform ja…aku yg konon keja study ni xpulak markah tinggi macam depa…bukan takat markah ja xtinggi, ketinggian aku pun xtinggi mcm depa... tp bila pikiaq balik, Allah nak aku usaha lebih supaya aku dapat kutip pahala2 menuntut ilmu tu lebih skit agaknya…

Alhamdulillah tahun kedua lulus walaupun sangatlah atas pagar sahaja

Aneh rasanya tengok depa ni berlegar2 kat durhamuddin...


Tahun ketiga dimulakan dengan tenang dan sentosa.. aim aku bukan lagi nk dapat A ka first class ka apa, aku cuma nk teruskan hidup ja… depa kata study kerana Allah ni jiwa tenang kan.. aku pun try la.. klau rasa mcm malas nk study or nk putus asa, aku mesti akan cuba pupuk kata dalam hati “ nasib beik pasai Allah ja aku study ni, klau pasai lain jangan harap”.. entah mengapa mudah pulak ilmu masuk kalau aku start dgn niat mcm tu… oh ya hadith ni juga menguatkan lagi semangat study aku

 “Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke surga.” (H.R Muslim)

nak lebih menarik, time study tu boleh la nk bayangkan kita dihujani pahala2 jihad, sebab study kerana Allah tu berjihad la kan2??

Alhamdulillah tahun ke3 ni aku kini dah tau sikit2 selok belok buat assignment dan juga cara study.. Alhamdulillah dari 40%-ish, markah aku dok kesot slow2 ke 50%-ish and 60%-ish..

Alhamdulillah bila result keluaq, aku xdapat first class pn tp aku puas hati dgn result aku sebab aku tau aku dah buat yang sehabis yg aku mampu dan itulah rezeki terbaik Allah bagi.. org lain klau dapat result mcm aku entah menangis sedih dh rasanya.. tp bagi aku, itulah aku, aku xtiru sapa2 time exam, quiz, assignment pun aku xtiru..bincang n tanya tu banyakla hehe.. so apa yg aku dapat, itulah limit aku…

Alhamdulillah title budak UK aku pun bakal hilang soon, secara jujurnya aku sgtlah xsuka org tny aku study mana, aku jdi serba salah bila nk jawab, aku aku akan dpt dua jenis reaction bila jwb UK...sanggup lagi aku dapat soalan bila nk kawen sebenaqnya huhu…

aku pakai tudung biru, tahniah kalau berjaya jumpa...sebab aku pendek sangat, maka aku tenggelam la


peluang menimba dan menggali ilmu tu kadang kita xsedaq yg dia adalah nikmat yg selalu kita terlupa nk bersyukor and x semua org dapat..xkisah uni mana dalam Negara atau luaq Negara sama ja, xkisahla course apa dan akan kerja apa…Ilmu yg di gali tu la yg harus disyukuri bukan tempat dapatkan ilmu tu…apa guna study oversea tp pandang rendah kat org study local..apa guna study smpai PHD kalau nk pandang rendah pada org study master… apa guna berilmu tp bersikap sgt bongkak dan sombong… aku paling pantang jumpa org Malaysia kat UK yg bongkak…rasa mcm nk p depan muka dia n kata…nih hg blajaq UK, ak pn blajaq UK, jgn nk bongkak sangat klau xmau kena penampaq… jenih ni mmg ada weyh hampa jgn xtau…

muahaha,…


Ok Alhamdulillah dah tamat degree..


aku harap aku berjaya la buktikan pada bukan islam kat sini yang aku memang covering my head but not my brain...


Selamat Hari Raya :D


semoga hari esok better than today, in shaa Allah

12 comments:

  1. Replies
    1. perghhhh gila cuak tgk kak dayah komen kat blog titew

      Delete
  2. nice ...pnjang bjela crita hg ... congrates... wakil sungai petani ke durhamudin haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa tula...mngkin sbb aku mmg jenis cakap bnyk, so bila tulis pun dia jadi berjela2

      Delete
  3. sedih wehh... sbb tu dari f1 ak respect hg.. ak tau hg kebai.. yg penting selpas jatuh tu apa yg dibuat.. salute idola

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allahhhhhhhhhh...aku tonyoh mata banyak kali la tgk hg puji aku kie...hari ini dalam sejarah sungguh la aihh aku rasa

      Delete

Statcounter